CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Aku akui sengaja buat macam itu kerana sudah bosan" Gambar wanita sindir pemimpin jadi Tular

18-2-2021 04:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3701| Komen: 16



LAMPUNG, INDONESIA: Sengaja mahu menyindir pemimpin setempat, sepasang suami isteri di Sumatera, Indonesia mengadakan sesi fotografi di atas jalan rosak dan berlubang.

Dalam beberapa foto yang tular di media sosial menunjukkan, seorang wanita membuat aksi persis model dengan meniarap di jalan yang berlopak.

Selain itu, wanita itu juga melakukan rutin aktiviti masyarakat setempat mencuci pakaian dan motosikal kononnya selepas melalui jalan berkenaan.



Aksi berkenaan dilakukan untuk menyindir pemimpin daerah Lampung Selatan bagi menyelesaikan isu kerosakan Jalan Raya Tanjung Bintang yang tidak pernah selesai.


Lebih 25 foto di jalan rosak itu dimuat naik di Facebook, Ummu Hani, semalam hingga meraih ratusan perhatian warganet.

Ummu Hani, 31, berkata, dia memang sengaja melakukan sesi fotografi itu di lokasi jalan menghubungkan daerah Tanjung Bintang dengan Jalan Dr Sutami itu.

“Aku akui sengaja buat macam itu kerana sudah bosan melihat dan mendengar keluhan masyarakat tentang jalan rosak itu.

“Jalan itu akses utama penduduk Tanjung Bintang ke bandar, tetapi sedihnya…ia rosak dan berlubang di sana sini.

“Kadangkala menyebabkan kemalangan, malah saya dan suami sendiri pernah alaminya sendiri,” katanya dalam portal Kompas.com

Menurut Hani, sesi fotografi itu dibantu suaminya, Dani Abdullah, 30, yang turut beraksi dalam beberapa keping foto.

“Foto itu sebahagian cara halus melepaskan geram dan kecaman kepada pemimpin setempat kerana tidak mampu menyelesaikan isu jalan rosak sejak bertahun-tahun.

“Saya lebih gemar menggunakan cara sindiran macam ini berbanding mencipta kebencian sesuai dengan minat saya membuat konten video komedi. Syukur ramai menyokong usaha kami ini,” katanya. – Agensi
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vespa_oren 18-2-2021 04:35 AM
aku tunggu gak org posing jln sandakan-telupid-ranau nie
@chazey
Quote Redmyvi 18-2-2021 07:35 AM
esok2 bnyak la org ikut troll keadaan jalan kt malaysia..
Quote FOTHER-MUCKER 18-2-2021 07:45 AM
Ini jalanraya sudah boleh ternak ikan Keli!
Quote husna_amal 18-2-2021 09:39 AM
Kalau cip lando turun site baru pemimpin diorang menggelupur
Quote mawar_mustika 18-2-2021 10:06 AM
baguslh biar terbukak sket mata pemimpin
Quote MontanaHannah 18-2-2021 10:08 AM
shafie afdal tu sial
Quote becir 18-2-2021 10:08 AM
Mohon warga dutamas buat benda Yang Sama Gak...apa benda kawasan have2 tapi jalan teruk gila woi..
Quote kakakpositifker 18-2-2021 10:57 AM
HAHAHAHAHAHAHAHAH. terbaik dik
Quote minguk 18-2-2021 11:10 AM
cuci baju sampai coklat baju hahahhahaha
Quote Artemesiaa 18-2-2021 11:14 AM
Moga usahanya benar2 dapat perhatian kalau tak sia2 je bergolek dalam lopak lumpur
Quote SayaSayangMama 18-2-2021 03:43 PM
Ada gak benda yg berfaedah org indon buat kan
Quote foxs 18-2-2021 03:52 PM
Hahaha..yg nie kelakau
Quote kaedahnya 17-4-2021 07:34 PM
dulu penduduk kampung tanam pokok pisang dalam lopak tu lawak jugak
Quote ninja9 17-4-2021 07:41 PM
hahahha.. best
Quote sambaldurian 18-4-2021 05:53 AM
malaysia pun dh lama dh posing cmni. yg aritu kes kj langgar jln lubang, jkr mintak maaf, terus org parodi kn.
Quote kasibiman 19-4-2021 10:31 AM
Steady lahhh!!! Terbaekkkkk

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.104010 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top