CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Perkara Kita Anggap Pelik, Tapi Sebenarnya Normal Di Negara Lain!

18-2-2021 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4316| Komen: 17

Setiap negara di dunia ini mempunyai tradisi dan kepercayaan tersendiri yang membezakan mereka dengan orang lain.

Sejajar dengan kemajuan dunia, tamadun manusia juga turut berubah dan kita turut berkongsi pelbagai persamaan terutamanya dalam menjalani kehidupan seharian.


Bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang masih diamalkan dan ia mungkin kedengaran pelik bagi kita tetapi ia adalah kebiasaan buat mereka.


1. Undi atau denda!


Kredit foto: mstar

Ada segelintir yang menganggap menyelesaikan masalah negara itu adalah tanggungjawab individu tertentu - tanggapan itu sama sekali tidak benar.


Setiap warganegara mempunyai hak untuk memilih serta menentukan hala tuju sesebuah negara dan masih ada yang memandang ringan dan enggan keluar mengundi. Paling parah, langsung tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi meskipun sudah layak.

Atas sebab itu, di Australia, sekiranya rakyat tidak keluar mengundi, mereka boleh dikenakan tindakan denda.



2. Gusti dalam persalinan tradisional

Kredit foto: mstar


Wanita di Bolivia memang terkenal gemarkan sukan gusti. Paling menarik, mereka masuk ke gelanggang dengan memakai pakaian tradisional.

Meskipun kelihatan pelik bagi orang lain, tetapi ia adalah senario biasa di negara itu.



3. Kesesakan di Mesir


Kredit foto: mstar

Siapa yang tak tertekan jika ada pemandu yang melanggar peraturan sesuka hati, malah ada yang berani membuli pengguna jalan raya yang lain!

Tetapi, di Mesir ia adalah perkara biasa - malah melanggar lampu merah dan menyebabkan kesesakan lalu lintas adalah perkara biasa.



4. Motosikal keluarga


Kredit foto:mstar

Sebuah motosikal yang dinaiki oleh tiga orang, pasti kita menganggap ia berbahaya apatah lagi jika ia membawa kanak-kanak di jalan raya yang sibuk.

Tetapi jangan terkejut sekiranya anda melihat sebuah motosikal dibonceng lima orang sekaligus dan ia adalah senario biasa di negara seperti India, Bangladesh dan Pakistan.



5. Umur sekadar angka

Kredit foto: mstar

Di seluruh dunia, usia seseorang manusia dikira mengikut tahun kelahirannya, tetapi berlainan di Korea Selatan.

Apabila seorang bayi dilahirkan, mereka terus berusia setahun pada hari dilahirkan dan umurnya bertambah setahun mengikut kalendar lunar. Contoh pengiraannya;

Usia Korea Selatan: Usia sebenar + 1 (Jika hari jadi sudah berlalu)

Usia Korea Selatan: Usia sebenar + 2 (Sebelum hari jadi) -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 18-2-2021 12:27 PM
Lain negara lain aturannya hormatilah aturan negara masing2
Quote Zazama 18-2-2021 01:20 PM
Abis tu, yg diorang dok bela kambing, bela ayam dalam rumah. Rumah flat pulak tu! Masa bila diorang pikul kambing tu agaknya ye? Ini mmg pelik lah!
Quote farhani87 27-2-2021 01:32 PM
Okey. Lepa ni cuba buat thread. Benda yg normal di Malaysia, tapi pelik bg negara lain.
Quote syasyafina 3-3-2021 10:30 PM
farhani87 replied at 27-2-2021 01:32 PM
Okey. Lepa ni cuba buat thread. Benda yg normal di Malaysia, tapi pelik bg negara lain.

potong queue
cross jalan guna the power of hands

antara contoh2 nye.. hehehe
Quote farhani87 4-3-2021 12:42 PM
syasyafina replied at 3-3-2021 10:30 PM
potong queue
cross jalan guna the power of hands

power of hands tu betul sgt. hahahha. sampai anak iols pun follow bila tgk iols buat.
Quote chinta89 18-3-2021 02:47 AM
Menarik.. Ada lg tak yg lain kalau ada share lah {:childlike
Quote Zaien 18-3-2021 12:43 PM
Zazama replied at 18-2-2021 01:20 PM
Abis tu, yg diorang dok bela kambing, bela ayam dalam rumah. Rumah flat pulak tu! Masa bila diorang  ...

msia ade je bela ayam dlm rumah.. rumah pangsa polis lgi..
hahahaah dedulu pnah ikut dtg rumah kawan..
ehh terkjut laa... tiberr ayam serama atas tv.. ingat patungg.. hidup rupanya..
mmg dijaga rapi & bersih.. bab najis mmg clean laa.. sbb ownernya mmg permbersih..
Quote Nanadjo 20-3-2021 08:47 AM
Nombor 4 tu, seram tengok. Bahaya sungguh. Aku duk terbayang tengah2 atas motor tetiba cicir sorang haish seram.
Quote Nenasketum 21-3-2021 10:14 PM
Yang last sekali tu betul. Skolah anak aku ramai korean, konfusing bila depa sambut besday, tahun sama tapi depa considered lebih tua sebab 9 bulan dalam perut depa kira setahun.
Quote mijot 22-3-2021 06:05 AM
kita raikan perbezaan budaya nagara lain..
Quote ina_na 22-3-2021 08:50 AM
Rsnye org cina pun sama mcm org korea gak.. Sbb dia org kira umur dr perut.. Kalo x silap aku la.. Sbb penah sembang gan parents cina.. Dia ckp anak dia tua setahun dr aku..aku tanye lahir thn berapa.. Sama thn gan anak aku.. Dia ckl kira dr ms mengandung.. X tau la kalo parent tu je yg kira mcm tu..
Quote yum3 22-3-2021 10:32 AM
Zazama replied at 18-2-2021 01:20 PM
Abis tu, yg diorang dok bela kambing, bela ayam dalam rumah. Rumah flat pulak tu! Masa bila diorang  ...

aku tgok cter Tamil. ada movie apa tah kat flat depa bela kambing aduhaiiiii.. aku tak terima reality spt itu. Dan aku bsykur krn dilahir sbgai org Malaysia.
Quote Qwertyuiop2019 22-3-2021 01:41 PM
ina_na replied at 22-3-2021 08:50 AM
Rsnye org cina pun sama mcm org korea gak.. Sbb dia org kira umur dr perut.. Kalo x silap aku la.. S ...

Ada jugak ek cainis kira cmtu. Iols msh tak fhm pkiraan umur korean ni. Haritu tertengok video tiktok prmpuan ni explain bnde ni tp msh tak fhm. Sbb +1, +2 tu yg buat keliruuu
Quote ina_na 22-3-2021 05:43 PM
Qwertyuiop2019 replied at 22-3-2021 01:41 PM
Ada jugak ek cainis kira cmtu. Iols msh tak fhm pkiraan umur korean ni. Haritu tertengok video tik ...

Ade.. Parent bff anak sy.. Mula2 x tau kan anak berbff.. Sekali bl keluar kelas ehh sebaya.. Dia ckp kira dlm mula start pragnent.. Adoii la.. Tp kat surat beranak tetap sebaya gan anak aku.. Mcm2 btl kan
Quote Zazama 22-3-2021 10:51 PM
yum3 replied at 22-3-2021 10:32 AM
aku tgok cter Tamil. ada movie apa tah kat flat depa bela kambing aduhaiiiii.. aku tak terima re ...

Ye..me too. Syukur sgt!
Quote Zazama 22-3-2021 10:52 PM
Zaien replied at 18-3-2021 12:43 PM
msia ade je bela ayam dlm rumah.. rumah pangsa polis lgi..
hahahaah dedulu pnah ikut dtg rumah ka ...

Owh! Saya tak tau rakyat malaysia ada yg cemtu. Well klau dh pmbersih, mesti org kita kowt?
Quote Zaien 24-3-2021 06:57 PM
Zazama replied at 22-3-2021 10:52 PM
Owh! Saya tak tau rakyat malaysia ada yg cemtu. Well klau dh pmbersih, mesti org kita kowt?

mksud aku.. mmg rumah tu bersih btol la..tak expect ada bela haiwan..
ayam tu pun dia bela n ade sangkar.. klau tiba ayam tu yak.. dia cepat2 bersihkan sabun bersih..
rumah lelaki okay..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.038724 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top