CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Salma Hayek Buka Cerita Dituduh Kahwin Kerana Wang

18-2-2021 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3366| Komen: 17

Aktres antarabangsa, Salma Hayek membidas dakwaan bahawa beliau mengahwini ahli perniagaan dan jutawan François-Henri Pinault hanya untuk mendapatkan wang.

Dipetik dari People, Salma Hayek berkongsi kisahnya sewaktu mengahwini François.



Kredit foto: The Sun

Katanya, ramai mendakwa perkahwinannya merupakan perkahwinan yang diatur dan berkahwinan hanya untuk mendapatkan wang.

“Ketika saya mengahwininya, semua orang berkata, ‘Oh, ini perkahwinan yang diatur, dia mengahwininya hanya kerana wang. Saya seperti, ‘yeah, apa-apa sajalah b***h. 

"15 tahun bersama dan cinta kami masih kuat," katanya.

François merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan fesyen mewah Kering dan Presiden syarikat Groupe Artémis.

Kata Salma, walaupun menggalas tanggungjawab dan tugas yang sukar, suaminya tetap pulang ke rumah dengan senyuman lebar kerana bahagia dapat bersama keluarga tercinta.




Pasangan itu berkahwin pada hari Valentine tahun 2009 di Paris. Mereka mempunyai anak perempuan bernama Valentina yang kini berusia 12 tahun.


Sumber: Murai
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 18-2-2021 01:24 PM
Nasib baik tak kawin dgn tom cruise. Tgk apa dah jadi dgn katie holmes. Sadis!
Quote Amandaminaj96 18-2-2021 01:35 PM
Yg mengata tu pun..esok lusa anak ko sekolah pki daun kah? {:give
Quote haifawehbe 18-2-2021 01:54 PM
murai.com ni wujud lagi ke?
katanya laki mek salma ni kaki pmpuan.
pelik jer laki kaya nk setia kan.
Quote gold_teeth 18-2-2021 01:57 PM
Rs mcm dlu dia bercinra or kawin ngn pelakon gak kan.. xavier apa ntah
Quote archer13 18-2-2021 03:38 PM
kalau aku salma ni, aku cakap je ' ya aku kawin sebab nak hisup senang' ...
Quote alesandra 18-2-2021 03:46 PM
Dia sendiri pun bukan a-list ke?worth juta2gak kalau a-list ..apa nak hadap duit laki
Quote alesandra 18-2-2021 03:51 PM
Zazama replied at 18-2-2021 01:24 PM
Nasib baik tak kawin dgn tom cruise. Tgk apa dah jadi dgn katie holmes. Sadis!

Yg penah kapel tom cruise tu best friend dia penelope cruz rasenya
Quote helicornia 18-2-2021 04:03 PM
ala sapa tak nak duit
wpun ada perasaan cinta, tapi duit tu bonus
Quote annehuda 18-2-2021 04:06 PM
gold_teeth replied at 18-2-2021 01:57 PM
Rs mcm dlu dia bercinra or kawin ngn pelakon gak kan.. xavier apa ntah

javier bardem kot. yg tu dah kawen ngan penelope cruz



yg diorg ni kenal lama dah, tapi tahun 2000an berlakon bersama, pastu jatuh cinta kt set. javier ni mula2 ragu2 taknak siyes ngan penelope sbb die takut ni cinta set je, skali tu kawen. berbelas thn gak kawen diorg nih.  tahan sampai skrang
Quote Straya 18-2-2021 05:19 PM
Mesti la hadap walaupun playboy. This guy punya net worth USD 43 Billion kot. Dia ada anak jugak dengan supermodel Linda Evangelista tu sama baya anak Salma
Quote kakakpositifker 18-2-2021 06:16 PM
Zazama replied at 18-2-2021 01:24 PM
Nasib baik tak kawin dgn tom cruise. Tgk apa dah jadi dgn katie holmes. Sadis!

kenapa dgn dia? tom cruise tu bermasalah ke
Quote Zazama 18-2-2021 09:46 PM
alesandra replied at 18-2-2021 03:51 PM
Yg penah kapel tom cruise tu best friend dia penelope cruz rasenya

Hok alah! Iyelah! Betul betul! Saya salah org. Muka diorg dekat2 sama jd salah daaaa...
Quote Zazama 18-2-2021 09:49 PM
kakakpositifker replied at 18-2-2021 06:16 PM
kenapa dgn dia? tom cruise tu bermasalah ke

Salah awek kakak. Bukan salma tp penelope. Tom penganut agama sciencetology. Mcm2 rules pelik dia set pd katie. Itu tak boleh. Ini tak boleh.
Quote dani-rox 18-2-2021 10:04 PM
annehuda replied at 18-2-2021 04:06 PM
javier bardem kot. yg tu dah kawen ngan penelope cruz

filem apa entah ada aksi seks grafik antara Penelope dan Javier. lama dah filem tu kot, dlm thn 90an gituhh.
Quote gold_teeth 18-2-2021 10:39 PM
annehuda replied at 18-2-2021 04:06 PM
javier bardem kot. yg tu dah kawen ngan penelope cruz



Weeii pndainya mod..tepat skali.. myb sbab dua2 nmpak mcm geng latin so i confuse haha
Quote Perawankota 19-2-2021 05:46 AM
annehuda replied at 18-2-2021 04:06 PM
javier bardem kot. yg tu dah kawen ngan penelope cruz



Captain salazar.. Dorg ni selalu gak berlakon sama2 kan
Quote kakakpositifker 19-2-2021 09:23 AM
Zazama replied at 18-2-2021 09:49 PM
Salah awek kakak. Bukan salma tp penelope. Tom penganut agama sciencetology. Mcm2 rules pelik dia  ...

macam2 agama keluar eh skrg ni. semoga kuat lah iman kita semua.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.124439 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top