CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jamaah Masjid Dan Surau Dibataskan, Kasino & Pusat Judi Kerajaan 'On' Pula?

18-2-2021 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2640| Komen: 14

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mempersoalkan tindakan kerajaan yang membenarkan pembukaan semula kasino dan pusat perjudian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, judi merupakan industri yang memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Justeru, tegas beliau, usaha yang sepatutnya dilakukan adalah membentaras industri judi.


Gambar hiasan

“Kami berpendirian soal industri judi berlesen perlu diberi hak beroperasi, bukan alasan.

“Kami kesal tatkala seluruh dunia dan rakyat bergelut untuk kesinambungan hidup dan mencari jalan untuk mengatasi pandemik Covid-19 tiba-tiba kerajaan melayani permintaan industri judi untuk beroperasi semula,” katanya menerusi kenyataan.

Tidak mendiskriminasi sektor tertentu, sebaliknya menurut Mohd Azmi, kerajaan sepatutnya membuat pilihan tepat dalam memilih perkhidmatan yang perlu kembali beroperasi dalam waktu pandemik Covid-19 ini.


“Tatkala masyarakat Islam sering diingatkan faktor diturun bala dari Tuhan adalah akibat kemungkaran yang dihalalkan, kenapa kerajaan memberi mesej yang sangat kontradik bila industri judi boleh beroperasi tetapi dalam masa yang sama jamaah masjid dan surau dibataskan sehingga hari ini.

“Sepatut kerajaan mengingatkan kepada rakyat, inilah masanya suatu anjakkan dilakukan untuk mengikis semua budaya hidup tidak sihat seperti judi.

“Ini bukan soalan memilih sektor mana yang dibenarkan beroperasi semula atau ia bukan perkhidmatan yang perlu atau tidak ketika Covid-19,” tambahnya.


Mohd Azmi Abdul Hamid

Justeru MAPIM menuntut kerajaan membatalkan keputusan pengoperasian semula kasino dan pusat perjudian.

Semalam, syarikat pengendali kasino, Resort World Genting (Resort World), serta syarikat nombor ramalan mengumumkan mereka kembali operasi selepas mendapat kebenaran daripada kerajaan.

Pengumuman itu dibuat Resort World bersama syarikat Sports Toto, Magnum Bhd dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (Da Ma Cai) melalui media sosial serta laman sesawang masing-masing.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Radzor 18-2-2021 09:30 PM
Betul. Bukan sector yang perlu
Quote stinger.baik 18-2-2021 09:31 PM
nnti chong cheng nak makan apa kalau tk bagi diorang berjudi???

fikir la sikit pasal chong cheng

kita tk boleh rasis ngn chong cheng

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote putericahaya999 18-2-2021 09:35 PM
Kerajaan syg sgt ore islam

Begitu le
Quote Zazama 18-2-2021 09:55 PM
Pusat hiburan : ON. Pusat agama : OFF. Hanya di tanahairku.
Quote foxs 18-2-2021 11:09 PM
MAPIM ada betul gak
Quote bluebutter 18-2-2021 11:33 PM
Cukai maaaa...
Quote tripleid 18-2-2021 11:53 PM
Edited by tripleid at 18-2-2021 11:56 PM

PAS=Penunggang Agama Sejati..

[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1812805148897994/?type=3&source=54[/fbp]

[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1828942070617635/?type=3&source=54[/fbp]
Quote tumpanglalu74 18-2-2021 11:53 PM
Tu la pasai..  Melalak2 kutok kaki anti-konspirasi, anti-Illuminati, abam Bike Preacher ape sume kat Youtube yang cube nak bukak kaplahotak korang yang bangang tu, sekarang ni dah nampak dah ke belom??  Udan uke..
Quote MontanaHannah 19-2-2021 12:24 AM
jaga cina juga ke ??????????
Quote Aerhys 19-2-2021 01:40 AM
It's all about the $$$. Islam hanya tinggal nama. Inilah akhir zaman.
Quote pyropura 19-2-2021 02:20 AM
Takpe, ini semua dari kurajaan Mulayu isele. Kan Purdana Munteri nya pandai baca do'a. Janji Dap jatoh
Quote pyropura 19-2-2021 02:23 AM
Inilah bala kurajaan.yg.naik melalui  pitnah yg.ditabor pada gomen PH yg.ada mandat rakyat. Suara rakyat titek peloh raayat itu keramat, jgn.sekali2 dikhianati. Hambek kau.
Quote notM 20-2-2021 11:21 PM
PAS...Parti Ajaran Sesat
Quote kelapaparut 21-2-2021 09:16 AM
dah tu mase ph jatuh pn naik, korang lobai jugak yg hepi kan, skrg dah mcm ni hepi x..kalu ph dan dap masih kekal nescaya masjid surau semua da penuh diimarahkan semula, rumah judi akan kekal tutup, bantuan sekolah agama lg byk dr sekolah cina, menyesal x lobai..menyesalkan

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.368577 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top