CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM akan mula guna kaedah persampelan air liur untuk ujian COVID-19

19-2-2021 04:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2623| Komen: 17

Kredit foto : Berita RTM



Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan kaedah persampelan ujian Covid-19 dengan menggunakan air liur di peringkat hospital dan diperkembangkan ke fasiliti kesihatan lain.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, kaedah persampelan ini adalah selamat dan tidak invasif berbanding persampelan kaedah “nasopharyngeal” dan “oropharyngeal swab”, dan akan mempercepatkan dan meningkatkan saringan Covid-19.

“Kaedah ini juga bersifat “self collected” dan akan menjimatkan penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Adham, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sudah menjalankan penilaian bagi kaedah persampelan menggunakan air liur ini dan ia sesuai bagi ujian “real time reverser transcriptase (RT-PCR) Covid-19).


IMR sedang melengkapkan kajian penggunaan sampel air liur untuk ujian RTK antigen (RTK Ag),” katanya.

Tambahnya, persampelan bagi ujian Covid-19 dengan menggunakan air liur sudah dijalankan di beberapa negara, bahkan ia lebih murdah dan salah satu kaedah mengumpul sampel yang paling konsisten.

“KKM akan memulakan persampelan menggunakan air liur ini di peringkat hospital dan diperkembangkan ke fasiliti kesihatan yang lain,” katanya.

Sementara itu, Adham turut memaklumkan bahawa dalam usaha menamatkan wabak Covid-19, KKM mengalu-alukan sumbangan dan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakan program imunisasi demi kesihatan dan keselamatan rakyat di seluruh negara.

Adham berkata demikian selepas KKM menerima sumbangan 2.7 juta unit picagari khas LDV yang bernilai RM891 ribu, daripada Etiqa Family Takaful Berhad.

“Semua picagari LDV akan digunakan bagi pelaksanaan Fasa 1 pelan imunisasi Covid-19 yang melibatkan anggaran seramai 500,000 petugas barisan hadapan.

“ Sumbangan ini setidak-tidaknya dapat membantu usaha kerajaan Malaysia dalam menangani wabak Covid-19,” katanya.


Sumber : FMT
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 19-2-2021 08:45 AM
Another thing kerajaan boleh jimat duit ialah to allow private hospitals jual vaksin juga. Sure ramai akan ke private sebab xnak vaksin china or vaksin jenis lama.
Quote MadameOnion 19-2-2021 09:17 AM
LadyCarefree replied at 19-2-2021 08:45 AM
Another thing kerajaan boleh jimat duit ialah to allow private hospitals jual vaksin juga. Sure rama ...

boss i kata masih dlm perbincangan..sebolehnya mmg kerajaan nak bg free je..tapi mcm u kata la sis..kalau sapa berduit, mesti nak yg terbaik kan..sbb apa2 pun nak tunggu selesai phase 1 ni
Quote jazaa100 19-2-2021 10:19 AM
air liur ke....bkn urine....

hari tu kata urine test lagi accurate
Quote duri_durians 19-2-2021 10:29 AM
haa baru la nampak menteri ada buat kerja ek.

thread ni mesti kurang sambutan.

i ok je nak test air liur. cucuk2 hidung i rejek.
Quote c===8 19-2-2021 10:31 AM
baru la ramai semangat & berani nak buat test
Quote hatikudus 19-2-2021 11:01 AM
Baguslah....aku buat swab test sekali pun dah rasa berpinar, serik rasanya... cemana lah yg buat berkali2 tu
Quote Artemesiaa 19-2-2021 11:14 AM
Dengan adanya cara yang lebih mudah tapi dengan hasil yang sama pasti ramai akan setuju dengan cara tu.
Quote chacon 19-2-2021 02:03 PM
Bagus.kalau macam ni ramai la buat saringan.ini nak jolok hidung pun naik seram...lepas tu nak ulang2 buat.paling kesian budak2
Quote MsKathryn 19-2-2021 02:08 PM
Bagus la drpd jolok hidung tu
Quote noor2 19-2-2021 02:11 PM
chacon replied at 19-2-2021 02:03 PM
Bagus.kalau macam ni ramai la buat saringan.ini nak jolok hidung pun naik seram...lepas tu nak ulang ...

Betul tu... boleh buat tiap bulan...
Quote underground 19-2-2021 02:17 PM
Air money bole dakkk
Quote Scheherazade 19-2-2021 02:18 PM
Mcm baca dah berita ni kt CI semlm. Hmm. Anyhoo, bgsla test air liur banding jolok hidung. Seram deh klu kena jolok hidung tu
Quote tikusmontok 19-2-2021 02:50 PM
better la dari jolok kat dubur
Quote aechae 19-2-2021 02:54 PM
So nnt test lg byk n senang, trus keluar result ribu2 blk lh n org ramai pn bising suruh lock down blk. Gtu lah ulang2
Quote kakikuDibibirmu 19-2-2021 09:48 PM
jazaa100 replied at 19-2-2021 10:19 AM
air liur ke....bkn urine....

hari tu kata urine test lagi accurate

Swab lubang dubur lagi accurate katanya
Quote kakikuDibibirmu 19-2-2021 09:51 PM
aechae replied at 19-2-2021 02:54 PM
So nnt test lg byk n senang, trus keluar result ribu2 blk lh n org ramai pn bising suruh lock down b ...

Sebelum swab air liur, kita pekena teh tarik wunnek dulu, segala virus undetected, tekak penuh ngan air minum jah, ujung-ujung kes turun dan PRU15 boleh diadakan
Quote borrow 20-2-2021 08:32 AM
owh vley plak test air liur . Camni lah senang. Takut aih kena jolok hidung.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.088832 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top