Pelakon yang juga bekas ahli gusti profesional, Dwayne Johnson atau The Rock, 49, tidak menolak kemungkinan akan bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) di masa akan datang.
Menurut Dwayne dia akan mempertimbangkan perkara tersebut sekiranya itu yang dipinta oleh rakyat negara itu, lapor Independent.co. "Saya mungkin akan pertimbangkan untuk bertanding jawatan presiden di masa akan datang jika itu yang dimahukan orang ramai. "Saya benar-benar maksudkannya dan tidak main-main dengan jawapan ini," katanya. Dwayne ketika ini sedang dalam rangka promosi untuk siri terbaharu terbitan NBC yang berjudul Young Rock. Siri itu dibikin berdasarkan kehidupan sebenar Dwayne termasuk satu episod memaparkan dia bakal melancarkan kempen bertanding untuk jawatan presiden AS pada tahun 2032.
Jika dia benar-benar membabitkan diri dalam bidang politik di masa depan, Dwayne berkata semua itu adalah di atas permintaan daripada orang ramai. "Sekiranya mereka memilih saya, saya akan sentiasa mendengar permasalahan rakyat bermula daripada akar umbi," katanya. Pelakon filem Jumanji itu sebelum ini menunjukkan sokongan kuat terhadap kempen pemilihan presiden Joe Biden. Joe telah dipilih mengetuai negara Uncle Sam pada 3 November lalu dan pada 20 Januari lepas dia secara rasmi telah memegang tampuk pemerintahan AS bersama-sama timbalannya, Kamala Harris. Sumbe: mStar |
haifawehbe replied at 21-2-2021 07:26 PM
iols minat dia ni semua movie heols x miss tgok.. sejak dpt tahu dia makan budak terus hilang minat. ...
mrsbob87 replied at 22-2-2021 08:32 AM
makan budak?? serius ar
haifawehbe replied at 22-2-2021 11:11 PM
iols tgok dekat utube heols ada joking makan budak tapi org2 dlm show tu gelak2 jer la. tapi mmg r ...
epuepy replied at 19-2-2021 04:53 AM
Jgn la bam rock. Ko berlakon dh elok dh. Tp kalo jd mcm Arnold susah nak eja, jdi gabenor pn ok gak. ...
ADVERTISEMENT