CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Unfriend' Australia, Facebook Sombong & Tak Berhati Perut?

19-2-2021 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1826| Komen: 1

Facebook dicop 'sombong' dan 'tidak berhati perut' selepas ia mengenakan sekatan mengejut terhadap pengguna di Australia pada Khamis.

Langkah itu sebagai respons terhadap undang-undang dicadangkan Canberra yang menghendaki syarikat gergasi sosial media itu membayar kandungan berita yang dikongsi di platform mereka.



Beberapa laman rasmi pemerintah Australia pada mulanya turut terkesan di bawah sekatan tersebut. - Foto Agensi

Sekatan dibuat firma berpusat di California, Amerika Syarikat itu telah menyebabkan pengguna di negara itu tidak lagi boleh berkongsi artikel berita atau melihat halaman media Facebook selain sumber berita tempatan juga 'hilang' serta-merta hingga mencetuskan kemarahan secara meluas.

Perdana Menteri, Scott Morrison berkata, Facebook telah membuat keputusan untuk 'unfriend' Australia.

Beliau yang menyelar tindakan firma digital itu kerana menyekat akses maklumat penting tentang biro meteorologi, perkhidmatan kesihatan dan kecemasan berikrar akan meneruskan undang-undang tersebut.


Difahamkan, Parlimen Australia bersedia meluluskan rang undang-undang media baharu itu yang bakal menyaksikan platform dalam talian seperti Google dan Facebook akan membayar rangkaian berita untuk memaparkan serta memberi pautan kandungan mereka.

"Undang-undang tersebut pada dasarnya mencetuskan salah faham tentang hubungan antara platform kami dan penerbit yang menggunakannya untuk berkongsi kandungan berita.

"Kami terpaksa membuat pilihan sukar sama ada mematuhi undang-undang yang mengabaikan realiti hubungan tersebut atau berhenti membenarkan kandungan berita dipaparkan menerusi perkhidmatan kami di Australia," tegas Facebook pada Rabu.

Walaupun ketegangan semakin meningkat antara Facebook dan Australia, beberapa halaman rasmi pemerintah dilaporkan telah kembali pulih selepas pada mulanya turut terjejas di bawah langkah tersebut.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 19-2-2021 08:49 PM
Parlimen australia telah dilobi china. Mana2 negara china akan elak perang dan cuba lobi dan kuasai ekonomi .

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.037482 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top