Tidak dinafikan, setiap hospital akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk setiap pesakitnya. Namun, ia tidak bermaksud pihak hospital boleh terlepas dari sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kes tertukar bayi.
Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Nur Hafiza mendakwa bayinya tertukar dengan bayi pasangan lain. Kejadian tersebut berlaku di sebuah hospital beberapa hari yang lalu. Menurut Hafiza, dia telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.1 kilogram pada 12 Februari yang lalu secara pembedahan. Selepas bersalin, Hafiza memberitahu bahawa anaknya itu perlu ditahan di hospital kerana mengalami demam kuning. Selepas sehari melakukan pemantauan, doktor memanggil mereka suami isteri untuk melihat cara penyusuan buat bayi. Pada hari tersebut juga, mereka yakin bahawa anak mereka boleh keluar dari hospital keesokan harinya. Namun, doktor memberitahu mereka tidak boleh membawa pulang bayi tersebut kerana berat badannya semakin berkurang.
Oleh kerana tidak sedap hati, mereka suami isteri menelefon semula doktor dan meminta kebenaran untuk datang menyusukan bayi tersebut. Semasa tiba di hospital dan hendak memberikan susu, Hafiza mendakwa bayi yang berada bersamanya itu bukan anaknya. Lantaran itu, dia meminta pihak hospital untuk membuat pemeriksaan semula. Jelas Hafiza, pihak hospital meminta maaf kepada mereka dan mendakwa kecuaian yang berlaku adalah berpunca daripada mereka sendiri. Susulan itu, pihak hospital mengambil tindakan segera iaitu menghubungi ibu yang membawa anak mereka pulang. Ujar Hafiza, mereka bersyukur kerana berjaya menemui anak mereka semula. Tambahnya, kesemua laporan kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak hospital itu juga didakwa tersalah dan tertukar. Sumber: OhBulan
|
kuzaime replied at 19-2-2021 04:14 PM
Naya betul
Kecik2 dulu aku selalu cakap kat adik aku, yg doc tertukar baby. Sebab dia aje y ...
ADVERTISEMENT