Sebuah pokok kaktus jarang ditemukan yang tumbuh di hutan Amazon, bakal mengeluarkan bunga buat kali pertama di British Garden. Lapor Daily Mail, kaktus ‘moonflower’ yang dikenali sebagai Selenicereus wittii, hanya didapati di lembah Amazon dan tumbuh secara sendiri di sekitar pokok lain. Ia juga mempunyai proses berbunga cepat yang mampu bertahan kurang daripada 12 jam dan hanya berlaku dalam tempoh semalaman. Ahli botani di Universiti Cambridge menemukan putik bunga pada pokok kaktus itu dan memaklumkan ia mungkin mengeluarkan bunga dalam beberapa hari lagi. Selepas proses berbunga itu, kaktus itu akan mengeluarkan bau harum yang dikatakan seperti minyak wangi keluaran penyanyi terkenal, Rihanna.
Pakar percaya aroma itu hanya akan bertahan selama beberapa jam sebelum menjadi tengik ketika bunga layu. Jelas pakar itu, orang ramai boleh menyaksikan proses itu menerusi siaran langsung. Kaktus moonflower hanya ditemui di atas garis air lembangan Amazon di barat Brazil. Sumber: Utusan
|
KIM.K replied at 20-2-2021 01:36 PM
Orang duk puji perfume yg rihanna pakai paling sedap org pernah bau..sangat memukau macam bau 'every ...
sukacactus replied at 20-2-2021 03:09 PM
Aku ada pokok epiphylium, kira 1 family la dgn pokok ni
Tp tu la, sebab jenis berbunga tengah mlm, ...
Dwdrum replied at 21-2-2021 05:14 PM
Lama mahu hasil kan bunga?... Perlu letak camera.... Pernah makan cactus?
slyfynx replied at 21-2-2021 06:32 PM
Perfume yg aku suke,
Laki - Dunhill desire red
Bvlgari Aqva
shernazz replied at 20-2-2021 11:43 AM
Mak aih
Takndpt.dibayangkan bau mcmana
Takpe la
dani-rox replied at 21-2-2021 09:53 PM
hahaha eww lilin bau celah bedah acik Gwyneth. tu pon ada yg sanggup beli, sampai keluar berita ny ...
ADVERTISEMENT