Bekas vokalis Samsons, Bams baru-baru ini mendedahkan dirinya didiagnosis dengan dua jenis kanser. Malah, katanya kanser kulit dan otot yang dihidapinya sejak 2020 itu sangat jarang menyerang manusia.
"Saya disahkan kena kanser pada tahun 2020 dan saat itu pandemik Covid-19 sudah melanda dunia. "Bayangkan, saat negara dilanda pandemik, saya kena dua jenis kanser yang menurut doktor sangat jarang menyerang manusia dan perlu menjalani pembedahan. "Mental saya down sebab sehari dimasukkan ke hospital, saya dapat khabar perniagaan yang dijalankan kena tutup kerana tidak mampu bertahan dalam suasana pandemik," ujarnya. Menurut Gempak yang memetik Suara.com, Bams berkata demikian ketika menjadi tetamu Daniel Mananta di saluran YouTubenya pada Khamis. Lebih mengejutkan apabila Bams mendedahkan salah satu punca diserang kanser itu kerana menjalani rutin hidup sihat termasuk terlalu memaksa diri bersenam.
"Dulu berat badan saya pernah mencapai 100 kilogram, pernah obes. Selain mengamalkan diet yang salah, saya push diri bersenam dan ia menyebabkan saya diserang kanser," katanya. Dedahnya lagi, penyakit itu turut dirahsiakan daripada keluarga ketika mula-mula didiagnosis. Hanya isteri, Mikhavita Wijaya dan orang terdekat tmengetahuinya. Bagaimanapun, Bams meminta orang ramai tidak merisaukan dirinya kerana kini keadaan kesihatannya jauh lebih baik ditambah pula dorongan dan semangat diberikan keluarganya selain menjalani beberapa siri perubatan. - CARI
|
fly_in_d_sky replied at 22-2-2021 07:07 AM
Kanser Otot aka Sarkoma.
Sarkoma adalah sejenis barah yang jarang berlaku. Sarkoma berbeza dengan ...
Adrif replied at 22-2-2021 10:31 PM
terima kasih.
macam mana nak tahu kalau individu tersebut ada sarkoma, karsinoma ni?
ADVERTISEMENT