CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sejam Debaran Pilot Terbangkan Vaksin, Takut Rosak

22-2-2021 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4107| Komen: 27

Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi Kapten Hamdan Che Ismail sepanjang tempoh 29 tahun kerjayanya dalam dunia penerbangan ketika mengendalikan pesawat  Malaysia Airlines MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin COVID-19 ke Malaysia hari ini.



Kredit foto: Bernama

Sepanjang penerbangan dari Singapura itu, Hamdan yang juga Pengarah Operasi Penerbangan Malaysia Airlines perlu memastikan suhu yang bersesuaian dalam pesawat dikekalkan agar tidak menjejaskan keberkesanan vaksin yang dibawa.

Hamdan mengakui berasa sedikit gementar dan takut apabila memikirkan mengenai tugasan hari ini adalah untuk membawa vaksin COVID-19 bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar bakal dilaksanakan di negara ini.

"Bila fikir ada vaksin COVID-19 dalam pesawat memang ada terfikir takut ia (vaksin) rosak... Alhamdulillah vaksin telah sampai ke Malaysia,” kata juruterbang itu kepada Bernama selepas mendaratkan pesawat itu, serta menambah cuaca sepanjang penerbangannya hari ini adalah baik.


Pesawat MH604 yang membawa 312,390 dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech itu mendarat di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.07 pagi dari Singapura.

Penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu yang dikendalikan MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) iaitu cabang kargo syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd itu menggunakan pesawat Airbus 330-300 yang dihiasi “livery” Jalur Gemilang ketika membawa vaksin COVID-19 untuk Malaysia itu.   

Hamdan berkata beliau bersama lima lagi kru iaitu seorang pembantu juruterbang, dua kru kabin, seorang petugas MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) serta seorang jurutera berlepas ke Singapura pada pukul 6 pagi tadi  dan tiba satu jam kemudian.



Menurutnya, kira-kira dua jam diperlukan untuk proses memindahkan vaksin COVID-19 ke dalam kargo pesawat itu sebelum berlepas kira-kira 9 pagi.

“Apabila tiba di KLIA,  saya rasa gembira, terharu dan teruja kerana telah berjaya membawa vaksin COVID-19 ke negara ini,” katanya yang turut berkongsi bagaimana kru penerbangan sentiasa memeriksa suhu dalam pesawat kerana vaksin tersebut memerlukan suhu -70 darjah Celcius.


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 22-2-2021 08:37 AM
aku ingatkn vaksin yg smpi smlm tu mmg fly direct dr belgium ke msia.
Tapi rupanya dr belgium - transit kt germany - to singapore - to msia (baca kat The Star)
so MAS team fly ke spore at 6am fr sepang.
pastu sume urusan amik vaksin kt spore dh setel,around 9am diorg fly back to sepang..
Tapi, apsal kene lalu spore dulu? ada sapa2 bleh explain?
Quote nazzse 22-2-2021 08:44 AM
Edited by nazzse at 22-2-2021 12:58 AM
cmf_premierleag replied at 22-2-2021 12:37 AM
aku ingatkn vaksin yg smpi smlm tu mmg fly direct dr belgium ke msia.
Tapi rupanya dr belgium - tra ...


Aku pun ingat Mas cargo gi ambil direct di negara pengeluar, rupanya dekat singapore je..hahaha
Ok lah, as long as dah jadi harini dalam sejarah semalam tu.

Petang tu ada vaksin sampai dkt Penang, naik cathay pacific, bukan mas cargo.  Yg pagi tu gomen sewa khas flight gi ambik di Spore.

Logistic company yg bawak vaksin ni DHL, & hq dhl ni di Spore, so maybe sbb ni la kot. Clearance, documentation semua dkt sana.

At Changi Airport, DHL handled the customs clearance and final delivery to “a designated location”. The company will handle the return of the cool boxes to Europe.
Quote Decon 22-2-2021 09:37 AM
kalau rekod masa nak diambil kira, drebar lori DHLtu memandu vaksin tu lebih lama daripada drebar kapalterbang tu.
Quote renko 22-2-2021 12:16 PM
wartawan patut sebut sumbangan krew2 darat yang lain
ape la
Quote emera 22-2-2021 12:41 PM
Pilot tu yg diorg highlight. Ye laaa drebar kapalterbang. Apa kelas drebar trak ni. Hilang keje pun, diorg ni jugak yg byk masuk news.
Quote LadyCarefree 22-2-2021 03:34 PM
cmf_premierleag: aku ingatkn vaksin yg smpi smlm tu mmg fly direct dr belgium ke msia.Tapi rupanya dr belgium - transit kt germany - to singapore - to msia (baca kat T ...


Ya kira spore distribution center untuk kawasan sini. Imagine setiap negara fly satu plane dari belgium dgn nak maintain suhu bagai. Waste of resources.
Quote Gianna111 22-2-2021 03:39 PM
driver DHL tak masuk carta ka????
Quote laksmanabentan 22-2-2021 03:41 PM
emera replied at 22-2-2021 12:41 PM
Pilot tu yg diorg highlight. Ye laaa drebar kapalterbang. Apa kelas drebar trak ni. Hilang keje pun, ...

ntahh... poyooo kannn...nak rosak apa sbb masuk fligt mmg da siap2 dirapikan..
masuk cooler box segala...


patutnya yg dreber2 lori tuh...
lori yg bawa vaksin tu... lori yg bawa tu cukup sejuk ker camna ker...

takut lori over heating ker...
Quote ChildrenOfBodom 22-2-2021 03:46 PM
sejam ja pon puihhh sampah lanciao
Quote oni313 22-2-2021 03:52 PM
cmf_premierleag replied at 22-2-2021 08:37 AM
aku ingatkn vaksin yg smpi smlm tu mmg fly direct dr belgium ke msia.
Tapi rupanya dr belgium - tra ...

kerna storage facilities ada di changi : coolport facilites (ala2 mcm peti ais besar yg letak barang2 cargo) yg boleh set suhu based on preference...
good job SG buat mcm tu, so at least airport diorg berfunction time pandemic...




Quote asamfish 22-2-2021 04:04 PM
Kenapa pilot ni sorang je di highlight kan?  Kot ye pun, mane co-pilot nya?  And furthermore perlu ke Management pilot yang buat?  MAS dah takde pilot lain?
Quote caprut 22-2-2021 04:10 PM
Decon replied at 22-2-2021 09:37 AM
kalau rekod masa nak diambil kira, drebar lori DHLtu memandu vaksin tu lebih lama daripada drebar ka ...

Bukan kerjaya glamour
Quote syazwan89 22-2-2021 04:29 PM
Sepatutnya kena highlight la jugak jasa driver lori DHL tu.

Berisiko jugak..Mana tau tiba2 tengah bawak ada lubang nk kena elak ke ataupun ada kucing tiba2 melintas.. Boleh terbalik lori tu..
Quote Tunan 22-2-2021 04:35 PM
Td abg DHL Van pulak yg bawak Vaksin ni sampai hospital
Quote cmf_premierleag 22-2-2021 04:59 PM
oni313 replied at 22-2-2021 03:52 PM
kerna storage facilities ada di changi : coolport facilites (ala2 mcm peti ais besar yg letak bara ...

oh no wonder la mmg dihantar ke changi terus.
sbb they hv good infra yg suitable for this storage.bagus spore ni.
Quote cmf_premierleag 22-2-2021 05:00 PM
LadyCarefree replied at 22-2-2021 03:34 PM
Ya kira spore distribution center untuk kawasan sini. Imagine setiap negara fly satu plane dari  ...

yup, make sense gak apa yg ko ckp tu
so the best distribution chain utk area south east asia ni, better htr kat satu tempat je
then other countries can come and collect je dr situ
so jimat juga resources and boleh preserved suhu utk storage vaksin tu
Quote white_musk 22-2-2021 05:01 PM
syazwan89 replied at 22-2-2021 04:29 PM
Sepatutnya kena highlight la jugak jasa driver lori DHL tu.

Berisiko jugak..Mana tau tiba2 tengah ...

Iya dik... dibuatnya pemandu lori itu Setiausaha Kelab Pencinta Kucing Malaysia
harus lah dia mengelak dari melanggari kucing yang telah melintas
Quote cmf_premierleag 22-2-2021 05:01 PM
nazzse replied at 22-2-2021 08:44 AM
Aku pun ingat Mas cargo gi ambil direct di negara pengeluar, rupanya dekat singapore je..hahaha
...

jawapan ada kat posting #7 & #11
thanks to @LadyCarefree and @oni313
Quote arm_band 22-2-2021 05:46 PM
laaa padan laaa stok utk johor naik lori je lalu tambak..... rupanya memang simpan stok kat sg dulu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.107794 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top