Nama pelakon Janna Nick menjadi bualan di Twitter disebabkan isu mengaitkan seorang bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu. Isu itu dibangkitkan kembali peminat hiburan K-Pop yang menyifatkan Janna umpama tidak menghormati pemergian Jonghyun kerana bergelak ketawa selepas diusik Sharifah Sakinah dalam sebuah video.
Dalam video tular pada tahun 2018 itu, Sakinah bertanya kepada Janna satu soalan yang memberi bayangan tentang mendiang. "Ini yang mati tu kan?" tanya Sakinah, kemudian mereka ketawa. Tidak mendiamkan diri, Janna tampil memberi penjelasan menganai hal itu. Menurutnya, dia langsung tidak tahu tentang maksud sebenar gurauan Sakinah itu dan hanya ketawa memandangkan pelakon tersebut suka bergurau, tambahan keadaan di salon rambut (ketika video itu dirakam) agak bising.
"Jujur demi Allah, saya tak tahu pasal video artis K-Pop itu. Saya tak tahu pun Sakinah rakam video itu tuju untuk dia, saya tak tahu langsung, saya hanya gelak sahaja dalam video itu. "Tetapi, kalau perkara ini dibesarkan sampai melibatkan emak saya, perkara ini dah tak kelakar. Jadi, saya nak bagitahu, saya bersumpah demi Allah, saya tak tahu," kata Janna menerusi sebuah video di Instagram. Bukan sekadar bersumpah lisan, Janna turut memegang kitab suci al-Quran ketika membuat pengakuan tersebut. Dalam pada itu, Janna menyifatkan bahasa segelintir peminat K-Pop di negara ini agak kasar untuk dirinya. "Bahasa paminat K-Pop ini terlalu kasar, terlalu kesat untuk saya. Segala kritikan kalau orang kutuk lakonan saya tak bagus atau saya menyanyi tak sedap, saya boleh terima. "Kalau orang nak cakap arahan saya tak bagus pun saya boleh terima. Saya boleh terima yang saya tak bagus, saya tak pernah dalam hati saya, walau setitik rasa saya bagus dari sesiapa. "Saya masuk dalam industri nak cari rezeki sahaja. Mungkin kadang-kadang saya terlebih bercakap, tetapi apa yang awak rasa tu sama ke dengan apa yang saya rasa?" katanya lagi. Bagaimanapun, Janna tetap memohon maaf meskipun merasakan dirinya difitnah. "Sekarang ni macam mana? Korang dah fitnah saya, korang expect saya nak minta maaf? Disebabkan saya tak suka nak layan benda-benda ni, tak apalah saya minta maaf walaupun saya tak puas hati. "Saya minta maaf kepada adik-adik peminat si mati, peminat fanatik K-Pop, saya minta maaf sekiranya saya tercuit dan perkara itu buatkan awak terasa. Saya minta maaf," katanya lagi. Sebelum ini, nama Janna menjadi panas sekitar tahun 2018 kerana didakwa mempersendakan kematian anggota kumpulan K-Pop SHINee, Jonghyun. Jonghyun meninggal dunia pada Disember 2017 selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya. Sumber: Gempak |
deebiz14 replied at 22-2-2021 12:56 AM
You never learn your lesson . Sarang tebuan jangan dijolok.
Bukan ko tak tau ruper sarang tebuan tu ...
deebiz14: You never learn your lesson . Sarang tebuan jangan dijolok.Bukan ko tak tau ruper sarang tebuan tu camne? Skarang yg serang ko bukan adek2 kpop kat M ...
aijinmisaki replied at 22-2-2021 09:15 AM
Robert parkinson tu diketegorikan kpop sekali ke?
BoongaKertas replied at 22-2-2021 08:57 AM
ngeri betul eh depa ni. cara dia bergabung menakutkan.
She-Ra replied at 22-2-2021 09:48 AM
kesian janna
tak tau kenapa.. aku tetap ok je dgn dia.. jd diri sendiri cuma kena tapis mana boleh ...
Redmyvi replied at 22-2-2021 09:02 AM
adakah ini zaman kejatuhan janna.. tgh kumpul hater..
MsCinderella replied at 22-2-2021 09:59 AM
tp janna dah berubah...dia mcm memberontak...
x tau la utk sapa dia buat mcm ni...
ADVERTISEMENT