CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebut 'Khamis' & 'Khianat' Pun Tak Betul, Ada Hati Gelakkan Orang Tak Reti BI

23-2-2021 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10478| Komen: 81

Rakyat Malaysia tidak perlu cemas dan gelojoh untuk membuat kenyataan mengaibkan mana-mana individu yang tidak berupaya bertutur Bahasa Inggeris (BI) dengan baik.

Ini kerana, sifat bahasa Inggeris adalah lebih rencam, justeru jika seseorang individu boleh bertutur dengan baik ia merupakan satu bonus.


Namun, jika sebaliknya, ia bukan tiket kepada mana-mana individu untuk menjatuhkan maruah seseorang apatah lagi Bahasa Inggeris bukan bahasa jati diri rakyat di negara ini.



Teguran itu dibuat oleh Prof Datuk Dr Teo Kok Seong yang kecewa dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang mempersendakan individu lain hanya kerana gagal bertutur dalam BI dan seolah-olah ia satu ‘dosa besar.’

“Ketawa terbahak-bahak kerana kesilapan dan ketidakupayaan individu menuturkan bahasa Inggeris dengan baik semata-mata untuk mengaibkannya satu negara, untuk apa buat begitu? Dapat apa gelakkan orang lain?


”Kalau orang lain salah berbahasa Inggeris begitu cepat celik hati, kalau ada rakyat Malaysia yang silap ketika bertutur bahasa Melayu terus buta hati.

“Individu seperti ini bolehlah kita samakan dengan peribahasa ‘gajah di hadapan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak’,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, individu-individu yang mengaibkan pihak lain atas alasan yang sama sepatut malu kerana penduduk dunia lain tidak pernah melihat kegagalan menguasai BI sebagai  masalah besar kepada negara mereka sehingga dijadikan bahan ketawa.

Sebaliknya mereka lebih prihatin jika bahasa ibunda mereka gagal dikuasai oleh rakyat masing-masing.

Beliau yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia menambah, individu-individu terbabit sepatutnya malu kerana tindak-tanduknya tidak mencerminkan sifat malu, berbudi bahasa dan penyayang yang sepatutnya ada dalam kalangan rakyat Malaysia.

Perbuatan itu, samalah dengan satu jari menunjuk kesalahan orang, empat jari tunjuk kelemahan sendiri, katanya.

Malah, Kok Seong turut mempersoalkan sama ada mereka yang mengaibkan orang lain ini mampu bertutur Bahasa Melayu dengan baik atau sebaliknya.

Jika tidak, individu-individu ini patut lebih malu kerana gagal menuturkan bahasa kebangsaan sendiri dengan baik.

“Saya persoalkan demikian kerana rata-rata orang Melayu gagal menyebut perkataan Khamis, khianat dengan betul. Sebutan kh ada geseran dan bukannya disebut sebagai Kamis atau khianat.

“Kecuali ustaz, kebanyakan rakyat biasa yang gagal menyebut dua perkataan ini dengan betul termasuk pemimpin negara. Ketidakupayaan kecil kita ini patut rasa malu.

“Kegagalan kita ini (menyebut dengan baik) bermakna kita tidak ada jati diri dan tidak mempunyai taat setia pada negara kerana bahasa Melayu terkandung dalam Perlembagaan,” tegasnya.  


3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 23-2-2021 10:00 AM
Terima kasih Prof.
Quote krustykrab 23-2-2021 10:00 AM
Jenuh arr nk sebut kha-mis dgn khia-nat mcm ustaz ustazah..malu pulak rasanya nk sebut camtu, nnt org2 yg dgr ingat aku dh buang tebiat
Quote GigaMom 23-2-2021 10:18 AM
krustykrab: Jenuh arr nk sebut kha-mis dgn khia-nat mcm ustaz ustazah..malu pulak rasanya nk sebut camtu, nnt org2 yg dgr ingat aku dh buang tebiat



Nk lebih afdal.jadikan kho-mis
Quote talapia 23-2-2021 10:22 AM
khakhakha.. hehe.. praktis gelak guna 'kh'.. ala2 berkahak gitu.

perkataan2 BM banyak yg asal dari bahasa arab jugak.. tu yg bangsa2 lain.. bila cakap BM pon ada yg susah nak sebut dengan baik..  

Tapi sebab kita sendiri bangga bangsa lain cakap bahasa kita.. takde la kita perlekeh mereka yg sebut bahasa Melayu tak betul.. mat saleh cakap BM.. bangla cakap BM.. berterabur.. kita tak gelak berdekah2 pon.. sebab kita mengalu2kan dorang cakap bahasa kita.

sama gak mat saleh.. dia bangga dan welcome kita bercakap bahasa dia.. tu pasal dia tak gelakkan kita cakap English berterabur.
Quote nolya 23-2-2021 10:51 AM
Edited by nolya at 23-2-2021 10:58 AM
krustykrab replied at 23-2-2021 10:00 AM
Jenuh arr nk sebut kha-mis dgn khia-nat mcm ustaz ustazah..malu pulak rasanya nk sebut camtu, nnt or ...

Banyak perkataan melayu kalau ejaan aslinya berdasarkan kpd ejaan jawi, seharusnya disebut mengikut 'tajwidnya' spt huruf2  'kha' dn ' 'ain' tetapi entah kenapa perkataan tersebut telah dimelayukan dn ejaannya digantikan, maka jadilah Khalid/Khalidah to Kalid/Kalidah, khilaf - silap, akhirat - ahirat, ni'mat - nikmat, 'Ain - Ain je, dn banyak lagilah. Kebiasaan menyebut perkataan dgn ejaan2 huruf hijaiyah sudah dicemarkan, ditinggalkan dn dimelayukan maka tak heran kalau generasi sekarang gagal mengekalkan keaslian bunyi huruf dgn fasohahnya.
Quote awanearisu 23-2-2021 11:10 AM
Betul pun. Kemas dan pedas tegurannya.
Quote downiey 23-2-2021 11:23 AM
padu dan medalam tegurannye
Quote leftrani_kel 23-2-2021 11:27 AM
Bagus prof..setepek org tu kene..
Quote adila39 23-2-2021 11:29 AM
salah satu sebab filem kita x kemana. Gah kan bahasa budaya org. ehh filem pulak...apa bendalah.. omputeh grammar pun lebih kurang je la.. melayu ni mengada ngada.
Quote Tinot7 23-2-2021 11:36 AM
Dolu2 iols sebut jahit pon ada org pertikaikan, sbb depa sebut jait.. giteww..
Quote krustykrab 23-2-2021 11:41 AM
GigaMom replied at 23-2-2021 10:18 AM
Nk lebih afdal.jadikan kho-mis

Kdg kalau nk bergurau2 aku sebut le mcm tu..tp kalau biasa2 malu eh
Quote user.name 23-2-2021 11:43 AM
bergulung lidah dekk nak sebut khomis khianat. berkahak berkeruh bunyi nak meneran tekak gituh
Quote krustykrab 23-2-2021 11:45 AM
Tinot7 replied at 23-2-2021 11:36 AM
Dolu2 iols sebut jahit pon ada org pertikaikan, sbb depa sebut jait.. giteww..

Dulu aku sebut oven as O-ven...tp  x colleague aku yg bangga sheol dpt bm p7 dlm spm suruh aku sebut A-ven mcm mat saleh tu..
Quote user.name 23-2-2021 11:47 AM
ni dekk ko sebut talak pon tak betul gegeh nak berskandal bagai lepas tu senang2 jah nak cerai bini apooo? mohon ko belajar balik cemana nak sebut betul2 perkataan talak tu

Quote MadameOnion 23-2-2021 12:14 PM
kamih dan kenat..hahaha org utara punya sebutan
Quote Tinot7 23-2-2021 12:18 PM
krustykrab replied at 23-2-2021 11:45 AM
Dulu aku sebut oven as O-ven...tp  x colleague aku yg bangga sheol dpt bm p7 dlm spm suruh aku seb ...

Hahaha..
Masa dajah 2 iols tak tau apa tu seterika.. jenuh budak klas iols nak terangkan seterika tu apa.. alaa, mcm kasut utk seterika baju.. bila dia tunjuk aksi gosok baju, baru iols ckp, "oh, iron ...." hahaha

Masa iols kat kolej, cikgu ngajar bahsa inggeris pon rengsa dgn cara org ckp "No".
Quote missus_meow 23-2-2021 12:35 PM
ade je manusia suka gelakkan apa yg dilihat sebagai  kelemahan dan kekurangan org lain ....
Quote Suchi 23-2-2021 12:53 PM
krustykrab replied at 23-2-2021 10:00 AM
Jenuh arr nk sebut kha-mis dgn khia-nat mcm ustaz ustazah..malu pulak rasanya nk sebut camtu, nnt or ...

Heheh kelmarin iols dengr anak iols duk hafal alif ba ta ikut yg cikgu tadika dia ajar
Cth sebut Alif utk Api, Ba utk baju sampai huruf Kho dia sebut Kho utk Khamis.
Dia sebut bebetul khamis yaa bukan kamis yaaa  pastu baru iols terpikir yaa laa Kho tu sesuai utk Khamis padahal selama ni iols pun sebut Khamis sebagai kamis je
Quote notM 23-2-2021 12:58 PM
Bahasa Melayu Moden sepatut nya guna Kamis....bukan Khamis.

Cuba ikut Indonesia.

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068946 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top