CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lia Natalia Kena Serang Gara-Gara Cuba Pertahankan Janna Nick

23-2-2021 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3321| Komen: 6

Niat pelakon Lia Natalia untuk 'menyelamatkan' Janna Nick daripada menjadi mangsa serangan peminat fanatik Korean pop (K-pop) tidak berhasil apabila dirinya turut dikecam teruk. 


Menerusi komen yang ditinggalkan di akaun Instagram Janna, Lia menasihatkan kepada peminat fanatik K-pop agar tidak terlalu taksub sehingga menyebabkan artis tempatan itu bersumpah dengan nama al-Quran. 

"Saya nak buat penjelasan dan minta maaf sekiranya ada buat salah, salah cakap atau salah komen sebab saya ada komen di posting Janna Nick dan kena hentam di situ.

"Saya sudah padamkan pun komen itu sebab tak nak ada pergaduhan pun di situ.

"Saya tak cakap semua peminat Kpop ini taksub, saya pun suka Korea. Saya suka dengar lagu Korea, tengok filem Korea malah rambut saya pun macam Korea," katanya.


Foto: IG


Menurut Lia, komen nasihat yang ditinggalkan di akaun Instagram Janna hanyalah untuk memberi kata semangat kepada aktres itu yang dikecam hebat beberapa hari lalu.

"Jadi saya cuma cakap janganlah taksub sampai nak alami tekanan sampai orang tu siap bersumpah atas al-Quran.

"Sudahlah, orang itu dah jelaskan dan janganlah diperbesarkan.

"Saya hanya memberikan sokongan kepada kawan saya dan nak bagi kawan saya kuat, itu saja. Janganlah kecam saya. DM saya sebabkan benda itu. Korang nak maki hamun, jadi saya minta maaf lagi sekali kalau salah cakap," katanya.



Terdahulu nama Janna tular di Twitter apabila video yang dirakamkan Sharifah Sakinah yang didakwa mentertawakan artis K-pop yang meninggal dunia mendapat kecaman netizen.

Video terbabit difahamkan dirakam Sakinah secara tidak sengaja sekitar dua tahun lalu ketika berada di dalam sebuah salun.

Janna menegaskan, dia tidak bermaksud untuk memperlekehkan si mati dan  bersumpah atas nama al-Quran selain memohon maaf kepada netizen.

Bagaimanapun, nama Janna masih panas di Twitter gara-gara kemaskini terbaharu akaun Instagram yang didakwa sengaja mengejek nama beberapa artis terkenal antarabangsa termasuk Robert Pattinson dan Lisa Blackpink. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tweety_Senrose 23-2-2021 01:45 PM
Takde pun teruk kena serang. Kat IG sheols pun xde kecaman. Still ok la tu asal xkena kecam sampai report mcm janna
Quote slyfynx 23-2-2021 01:50 PM
Ape yang teruk dikecam nye?
Satu dua komen tu dikire teruk ke hape?
Quote arlyssa 23-2-2021 02:30 PM
ni kes menangguk di air keroh ke camana ni?
nak naikkan nama yg sendu.
xde sape yg kecam ko pun. org tgh bz attack jn je skrg ni.
yg lain2 kalau tanak susah, tanak ig kena report, jgn nak bela2, komen2, biar je jn tu tanggung akibat mulut dia.

Quote cahayahati 23-2-2021 03:24 PM
Silap ni,patutnya kne back up kpoppers mcm retis lain buat...Brulah naik sikit populariti!
tweet skit ala2 marahkan janna pastu sure menderu2 kpoppers2 akn komen i stan u kaka..I like u kaka.....
Quote LadyCarefree 23-2-2021 10:24 PM
cahayahati replied at 23-2-2021 02:24 PM
Silap ni,patutnya kne back up kpoppers mcm retis lain buat...Brulah naik sikit populariti!
tweet s ...

Td ternampak satu retis nama yaya ke haper post psl dia kononnya terbang ke US semata2 nk tngok blackpink. Homai. Berbondong bloinks memuja muji sheols
Quote samshik 24-2-2021 04:14 AM
Xpayah semak2 komen boleh dak... Ko pun nak kene arwah ker?? Kang meratap hiba dlm telekung plak kata peminat parahtik jatuhkan ko... Yihlaaa

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.036525 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top