Baru-baru ini tular satu rakaman video CCTV menunjukkan sekumpulan geng motosikal Yamaha RX-Z sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak, lalu diserbu oleh dua unit peronda bermotosikal. Dalam rakaman video CCTV itu juga, seorang anggota dilihat sedaya upaya cuba merampas kunci daripada penunggang-penunggang motosikal berhampirannya untuk mengelakkan mereka melarikan diri.
Menerusi ruang komen, video ini mendapat pelbagai reaksi wargamaya. Rata-rata kurang senang melihat tindakan polis menyerbu ketika geng motosikal terbabit berada di dalam stesen minyak. Pandangan mereka agak berasas kerana ia boleh mengundang kemalangan yang tidak diingini kepada semua pihak semasa berada di kawasan tersebut. Akan tetapi, sudah pasti geng motosikal RX-Z tersebut ada buat apa-apa kesalahan sebelum mereka berhenti mengisi minyak. Jika tidak bagaimana unit peronda bermotosikal sanggup menyerbu masuk di kawasan stesen minyak tersebut? -CARI |
ufc148 replied at 3-12-2021 11:16 AM
Motor baru kalau dicari mesti jumpa yg rosak.. confirm
ADVERTISEMENT