Pelakon Fizo Omar berkongsi kenangannya ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sultan Ismail College (SIC) Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2002.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar menerusi Instagram mengakui dia tidak begitu berminat dalam bidang akademik kerana terlalu sibuk mewakili Kelantan dan Malaysia dalam sukan bola sepak. Mengakui kerap ponteng sekolah, namun pelakon berusia 36 tahun ini tetap melakukan yang terbaik dalam menjawab peperiksaan SPM supaya dia layak menyambung pelajaran ke universiti. "Tahun 2002 saja... bukan lama sangat abe Joe ambil SPM, tapi gambar tu saja yang ada dalam telefon ni. Kenangan di Sultan Ismail College (SIC) Kota Bharu. Bab belajar ni liat (malas) sikit dulu sebab masa tu tak fikir fasal belajar sangat.
"Sibuk main bola wakil Kelantan dan Malaysia. Hari-hari mesti ada latihan dan hujung minggu saja travel untuk away game. Kalau tak tuang (ponteng) kelas seminggu sekali tu tak sah la. "Lepas itu, apabila ada national training kena base kat Sekolah Sukan Bukit Jalil, jadi faham-faham sajalah. Tapi apabila nak ambil SPM tu all out lain macam sikit, demi masa depan dik. Sekurang-kurangnya bagi lepas masuk universiti, kemudian tu kita cerita la apa nak jadi," katanya.
|
miss_perfect replied at 24-2-2021 11:58 AM
Budak kelantan or ganu kebanyakannya yg aku kenal masa sekolah memang result power tapi tu bab akade ...
miss_perfect replied at 24-2-2021 11:58 AM
Budak kelantan or ganu kebanyakannya yg aku kenal masa sekolah memang result power tapi tu bab akade ...
cikkuntum replied at 24-2-2021 12:08 PM
mulut bab nk memulau org or nk kecam org no 1...tp xsemua la...sesetgh je...yg baik sgt baik...
cikkuntum replied at 24-2-2021 12:08 PM
mulut bab nk memulau org or nk kecam org no 1...tp xsemua la...sesetgh je...yg baik sgt baik...
ADVERTISEMENT