CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sorok Belakang Divider, Seronok Baling Batu Pada Kereta Lalu-Lalang

24-2-2021 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2868| Komen: 15

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit membaling batu ke arah kenderaan di sekitar Ayer Tawar, di sini, semalam.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan di Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar, di sini pada jam 6.10 petang.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek didapati positif methaphetamine.

Foto: Harian Metro

"Suspek melakukan kegiatan khianat itu berseorangan dan mendakwa hanya untuk berseronok selepas mengambil dadah.

"Dia mengaku membaling batu ke arah kenderaan di sekitar Ayer Tawar dan ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan khayal.

"Lelaki itu mendakwa menyorok di pembahagi jalan dan belakang pokok untuk membaling batu ke arah kenderaan yang melalui kawasan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Nor Omar berkata, polis turut menemui enam ketul batu dalam bakul motosikal suspek.

Katanya, pemeriksaan pada poket belakang seluar suspek turut menemui satu tiub straw berisi ketulan kristal disyaki syabu.

"Suspek bersama rampasan dibawa ke Balai Polis Ayer Tawar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riena3321 24-2-2021 02:58 PM
org gila rupanya. ingt kan budak2
Quote user.name 24-2-2021 03:24 PM
Quote nanies 24-2-2021 03:25 PM
tak guna, menyusahkan org
Quote user.name 24-2-2021 03:25 PM
Quote user.name 24-2-2021 03:26 PM
Quote user.name 24-2-2021 03:27 PM
Quote mrsbob87 24-2-2021 03:34 PM
ni bangsat.. dah mendadah lepas tu menyusahkan orang.. eihhh dia ni
Quote Kurex 24-2-2021 03:38 PM
Kita rejam dia pulak
Quote shernazz 24-2-2021 03:43 PM
Kasi hayun cota kat punai dia
Baru bawak pi balai
Quote jazaa100 24-2-2021 03:54 PM
knp lah masa kecik dulu dia tak mati tersedak susu
Quote limans 24-2-2021 04:05 PM
besar gak batu tu kalu kena full face mau terbang bersama motor....
Quote limans 24-2-2021 04:06 PM
besar gak batu tu kalu kena full face mau terbang bersama motor..

Quote Jorja 24-2-2021 08:51 PM
Tumpang simpati pada mangsa2 dia
Quote swateng1 1-3-2021 04:35 PM
celaka macam ni elok rejam dengan batu beramai2 jaa. mati lg baik dr menyusahkan org. dah laa ngisap dadah
Quote Artemesiaa 1-3-2021 06:05 PM
Wire nya dah banyak yang putus mungkin sebab dah lama sangat jadi penagih dadah, mujur dah ditangkap.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.118925 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top