Bekas kekasih pelakon terkenal Amerika Syarikat, Shia LaBeouf membuat pendedahan mengejutkan mengenai aktor itu. FKA Twigs mendakwa, hubungannya dengan Shia adalah antara terburuk pernah dialaminya.
Masakan tidak, ketika mereka menjalin hubungan, FKA Twigs langsung tidak dibenarkan ada kontak mata dengan mana-mana lelaki selain Shia. Shia didakwa akan mengejut FKA Twigs di tengah malam dan membuat pelbagai tuduhan terhadapnya. "Antara jam 4 hingga 7 pagi, dia akan menuduh saya termenung memikirkan cara untuk meninggalkannya dan mahu bersama lelaki lain," katanya dipetik NME.com. Lebih mengejutkan, FKA Twigs berkata, dia dipaksa memberikan sebanyak 20 ciuman dalam sehari. Malah, Shia akan mengira berapa kali ciuman diberikannya setiap hari dan akan memarahinya selama berjam-jam membuatkan dia berasa dirinya seorang yang sangat teruk. Akibat tekanan demi tekanan dihadapinya setiap hari, FKA Twigs mengakui ia menyebakan dia mengalami gangguan mental dan perlu mendapatkan rawatan di pusat pemulihan mental. Menurut laporan, Shia dikatakan akan menjalani pemulihan bagi masalah ketagihan dan psikologinya selepas beberapa minggu disaman FKA Twigs Apalah yang menyebabkan Shia begitu posesif hingga menyebabkan bekas kekasihnya mengalami gangguan mental agaknya? - CARI
|
sue_liah replied at 24-2-2021 05:00 PM
saikonya si shia tu..awek ko bkn lawa sgt pn smpai ada yg tergila2
klau ikutkn sesuaila sbb dua2 ...
ADVERTISEMENT