Mengadu muntah-muntah darah dan demam, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun akhirnya menghembuskan nafas terakhir di klinik berhampiran Sumbawa, Indonesia.
Setelah dilakukan pemeriksaan luaran, pihak perubatan mengesahkan kanak-kanak tersebut menjadi mangsa rogol seperti. lapor Kompas.com. Sementara itu Ketua Subbagian, Iptu Ridwan menjelaskan yang mangsa meninggal dunia akibat keganasan seksual. Mayat kemudiannya dikebumikan berhampiran kampung tersebut.
"Mangsa meninggal diduga akibat kekerasan seksual. Terdapat robekan pada
selaput dara dan vagina, serta lubang dubur dalam keadaan lebam." Lebih menyedihkan ialah mangsa sendiri sudah lama ditinggalkan ibunya yang bekerja di Malaysia. - CARI |
chaos_sweetly replied at 25-2-2021 11:10 AM
Ya Allah...Knp la wujud manusia mcm ni.Tak tahu nak cakap.Sakit dada baca berita mcm ni.
ADVERTISEMENT