CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duka Seorang Pelajar, Tatap Jenazah Bapa Sebelum Jawab SPM

25-2-2021 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6855| Komen: 69

Kuala Kangsar: Suasana hiba menyelubungi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, di sini, apabila van jenazah yang membawa jasad bapa kepada seorang Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah itu memasuki perkarangan sekolah, hari ini.


Video detik itu sempat dirakam guru bimbingan dan kaunseling sekolah Badariah Mohd Mohaidin yang memaparkan pelajar berkenaan diberi kesempatan menatap wajah bapanya yang sudah tidak bernyawa buat kali terakhir sebelum tular di media sosial.

Badariah berkata, jenazah bapa kepada Muhammad Haikal Iskandar Zamry, 18, itu dibawa ke sekolah atas cadangan ibu pelajar terbabit memandangkan peperiksaan kertas mata pelajaran Sejarah yang dihadapi tidak memungkinkan Muhammad Haikal Iskandar menatap jenazah bapanya itu.


Foto: FB


Katanya, bapa pelajar itu pada mulanya koma ketika dirawat di Hospital Taiping sejak kelmarin akibat komplikasi buah pinggang, hati selain jangkitan kuman dalam darah namun pelajar terbabit tidak berpeluang menziarahi arwah disebabkan prosedur operasi standard (SOP) mengekang wabak Covid-19.


"Arwah meninggal dunia semalam namun baru hari ini jenazah dibenarkan keluar dari hospital untuk dikebumikan. Bagaimanapun Haikal (Muhammad Haikal Iskandar) tetap ingin menduduki kertas hari ini walaupun sedia tahu ayahnya sudah tiada.

"Ketibaan van jenazah ke sekolah sememangnya untuk beri peluang kepada Haikal menatap wajah arwah buat kali terakhir memandangkan peperiksaan yang didudukinya sehingga petang.

"Jika Haikal balik rumah untuk menghadiri pengebumian ayahnya memang tidak sempat, bahkan Haikal terlewat 20 minit berbanding calon lain yang sudah masuk menduduki kertas Sejarah 2 ketika menghabiskan masa menatap arwah bapanya itu," katanya ketika dihubungi hari ini.


Foto: FB

Katanya, sebelum ketibaan van jenazah itu, Haikal ditenangkan guru-gurunya yang melihat dia menangis tanpa henti pada waktu rehat selain menyediakan bilik khas bagi dia bertenang dan melepaskan emosinya yang tidak begitu stabil.

Beliau berkata, Haikal yang mengikuti aliran Sains Kemanusiaan adalah anak sulung dari tiga beradik dengan latar belakang keluarganya adalah dari keluarga kurang berkemampuan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 24-2-2021 09:04 PM
Sebak

Semoga berjaya adik... amin...


Innalillah buat ayahnya...
Quote notM 24-2-2021 09:07 PM
Sakit apa?
Quote lurve82 24-2-2021 09:12 PM
Takziah dik..sedih betul..dgn aku2 pun bergenang...
Quote tumpanglalu74 24-2-2021 09:13 PM
[youtube]E3EkwVNFvFs[/youtube]
Quote VespaSilbe 24-2-2021 09:19 PM
Moga mendapat keputusan cemerlang..
Yang cerita first paper mak meninggal tu pun sedih
Jadi yatim piatu
Tak terbayang kalau aku tak tempat diaorang
Quote exclusive_vvip 24-2-2021 09:25 PM
speechless..Semoga dipermudahkan segala urusanmu dik!..besar dugaan adik ni di saat2 menghadapi ujian SPM..so,kepada adik yg sorang lagi yg upload psl dugaan family kene kuarantin tu, ko tak payah nak fefeeling dugaan hebat sgt la..fokus spm ko tu..ada lagi insan sebaya ko yg lagi hebat dugaannya.
Quote Lengkong 24-2-2021 09:29 PM
Sedihnya..semoga adik kuat semangat dan berjaya

Quote kuzaime 24-2-2021 09:44 PM
Allahu   semoga adik ni akan berjaya dalam peperiksaan, berjaya dlm kehidupan.
Quote dua_chzy 24-2-2021 09:47 PM
Dulu ai jaga SPM. Ada seorang pelajar perempuan ni, dua hari sebelum paper, mak dan abang dia meninggal eksiden. Sepanjang menjawab paper tu dia menangis.
Quote gummiebear 24-2-2021 09:47 PM
Sedihnya. Dugaan yang berat untuk orang yang hebat. Takziah dik

Semoga dapat jawab dengan tenang dan terus maju jaya ya
Quote jerukkedondong 24-2-2021 09:52 PM
Allah sayang sngt pada Haikal..Dia uji gini sbb Dia tahu Haikal mampu..
Semoga Allah bantu kau nak oi..
Quote Tinot7 24-2-2021 10:03 PM
Takziah kpd keluarga. Harap dpt bertabah.
Quote Manjahati 25-2-2021 12:17 AM
Moga kamu kuat ye dik..
Quote Meiizu 25-2-2021 12:40 AM
Takpaham kenapa tak tungu bwk lepas abis paper kan2jam je
Quote dudaberhias 25-2-2021 01:36 AM
iols dah tengok vid ni sedihnyaaaa...
moga di permudahkan exam dia dan kalau boleh bagi la kehidupan yang cerah buat beliau aminnnn....

dia masuk tengok jenazah dalam van pun menangiss
Quote Dovahkiin 25-2-2021 06:14 AM
Jika anda mendapat panggilan telefon ni, bersyukurlah.
Quote rookiecake 25-2-2021 07:24 AM
Salam Takziah dik. Semoga Adik tabah, kuatkan semangat dan mendapat keputusan yang cemerlang. Banyak orang mendoakan untuk adik.
Quote kabukiman 25-2-2021 07:38 AM
notM replied at 24-2-2021 09:07 PM
Sakit apa?

Komplikasi jantung Dan diabetes

https://www.nst.com.my/amp/news/nation/2021/02/668723/spm-candidate-bids-final-farewell-father-outside-exam-hall
Quote Suchi 25-2-2021 08:53 AM
Teringat masa kakak ipar iols meninggal beberapa tahun lepas.
Dia meninggal pada hari kedua anak dia ambil exam UPSR, tunggu anak dia balik sekolah baru kebumikan.Meninggal jam 3 pagi kat hospital tp mil tak kecoh2 supaya anak buah iols g gak sekolah amik upsr cam biasa.
Penuh budak sekolah dtg umah melawat.
Anak buah iols nampak cekal je tp dlm hati siapa tahu,kesian jadi yatim piatu dia.
Dahla anak tunggal ayah dia meninggal masa umur dia setahun lebih pastu mak plak meninggal 10 tahun kemudian.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060673 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top