CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Cemburu Tembak Wanita Duduk Sebelah Suami Di Bar

25-2-2021 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3234| Komen: 17

Rio de Jeneiro: Akibat cemburu, seorang isteri nekad menembak mati wanita muda yang duduk di sisi suaminya di sebuah bar di Tiangua, timur laut Brazil.

Kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan berada bersama lima rakan di meja makan.

Express Digest melaporkan mangsa, Djaiane Batista Barro, 26, maut akibat tembakan di kepala.

Ketika kejadian, Dayane Rafaella de Silva Rodrigues, 31, pergi ke bar itu dengan membonceng motosikal.


Rakaman CCTV

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu menunjukkan dia meluru masuk ke bar berkenaan sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

Ia terkena seorang wanita muda yang berada di meja suaminya dan mangsa dikenali sebagai Djaiane.

Tembakan turut terkena lelaki berusia 24 tahun yang dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Rakaman CCTV turut menunjukkan si suami bergelut untuk merampas pistol dipegang isterinya.

Bagaimanapun, tidak tahu apa terjadi selepas itu.

Wanita terbabit meninggalkan kawasan itu dengan membawa beg tangannya.

Susulan kejadian, polis menahan Dayane Rafaella untuk membantu siasatan.

Berdasarkan siasatan, wanita itu melepaskan tembakan kerana marah suaminya yang berada di premis berkenaan.

Polis berkata, mereka sebelum itu bergaduh mengenai sikap si suami yang sering ke bar berkenaan.

Dayane Rafaella mendakwa ketika kejadian dia hanya melepaskan tembakan secara rambang untuk menyuruh suaminya beredar.

Wanita itu juga dilaporkan tidak memiliki rekod kesalahan lampau. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 25-2-2021 08:10 AM
curlast cow Dayane.......
Quote Redmyvi 25-2-2021 08:21 AM
wow dont play play haa.. nasib kt malaysia ni pyh dapat senjata.. kalau tak ramai laki kena tembak masa tgh duk melepak..
Quote sukacactus 25-2-2021 08:23 AM
Ni cemburu & marah meluap2 ni
Punca nya sebab laki xmendengar kata
Quote CiliPadiSedap 25-2-2021 08:35 AM
tembak lah laki sendiri. asal kan berlaki
Quote mieymiey 25-2-2021 08:47 AM
Ko masuk jail, laki ko aman aman sambung melepak.
Quote ellejo 25-2-2021 08:54 AM
perempuan skrg tak tau kenapa, cukup benci laki mereka melepak.
Quote Tinot7 25-2-2021 09:12 AM
Takziah kpd keluarga.
Quote ctaz 25-2-2021 09:14 AM
patutnye tembak le laki sendiri...
Quote tumpanglalu74 25-2-2021 10:14 AM
jazaa100 replied at 25-2-2021 08:10 AM
curlast cow Dayane.......

Kalo sume pompuan camni tak jadi la laki nak menggatei dengan GRO..
Quote asyriqa 25-2-2021 10:41 AM
Ni mesti laki malas keje tapi asik minta duit bini je nk lepak ngan member..panas hati lama doh ni
Quote any42 25-2-2021 03:14 PM
kesiannya xpsl kna tembak.
Quote Artemesiaa 25-2-2021 03:20 PM
Bertindak ketika tengah amat marah mana sempat dia fikir akibatnya.
Quote iqbalriad 25-2-2021 04:38 PM
ellejo replied at 25-2-2021 08:54 AM
perempuan skrg tak tau kenapa, cukup benci laki mereka melepak.

Hihi...lepak tu akan buat suami awet muda
Quote mawarika 25-2-2021 04:44 PM
Bukan benci suami melepak. Tp kena fair la. Ko lepak bole. Tiba time aku nak jumpa kawan kejap ko x bg. Ko lepak 3 4 jam kat mamak.. bini kat rumah tunggang langgang urus anak. Ko balik eh penat terus tido. Banyak cantek muka ko. Cuba time melepak tu ko lepak main dgn anak2. Skg dah ada anak.. ko bkn bujang. Kalau nk ikutkan aku dulu kaki lepak mamak seksyen 7 sampai 3 4 pagi. Skg dah kawin.. follow the flow la. Gsmpangkan?
Quote SecretLuv 25-2-2021 10:18 PM
Perempuan mana tak jeles tengok suami dia melepak dengan perempuan lain Lelaki tu pun satu. Lain kali lepak bawak la bini tu sekali
Quote becir 25-2-2021 11:02 PM
Kalau kat Malaysia ni senang Ada pistol lama dah kot pupus spesis biawak hidup
Quote Jitu 25-2-2021 11:20 PM
menakutkan wanita2 di Brazil ni banding dgn wanita2 di Malaysia
kat Malaysia habis marah pun tarik rambut dgn lempang sedas dua jarang sangat sampai nak bunuh2 ni
nasib baik aku bukan kaki lepak

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.046962 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top