Penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica, 34, mengaku dia sering gagal dalam hubungan cinta sebelum ini mungkin kerana kurang mendekatkan diri dengan Tuhan.
Agnes yang dikenali sebagai Agnez Mo dalam temubual di saluran YouTube bersama Daniel Mananta baru-baru ini berkata, dia juga masih mencari lelaki yang mampu membawanya dekat dengan agama. "Selama ini, hubungan yang saya jalin dengan seseorang selalu terkandas kerana mungkin kurang didasari dengan tunjang agama, yang mana lebih dekat pada Tuhan. "Sebenarnya ramai yang tahu, di mana sudah diingatkan bahawa apa saja pun yang kita lakukan, perkara yang membuat kita jauh dari Tuhan, harus ditinggalkan.
"Apapun, untuk saya selama ini mungkin tidaklah terlalu jauh dari agama, cuma kurang mendekatkan diri dengan Tuhan dan ini yang cuba saya perbaiki dulu," katanya.
|
ADVERTISEMENT