CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

FB Sekat Saki-baki Akaun Dikaitkan Dengan Tentera Myanmar

25-2-2021 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1614| Komen: 1

Facebook menyekat semua saki-baki akaun yang dikaitkan dengan tentera Myanmar hari ini, atas alasan mereka menggunakan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan antirampasan kuasa.

Sekatan itu yang berkuat kuasa serta-merta, dikenakan terhadap tentera Myanmar serta semua entiti yang dikawal mereka di Facebook dan Instagram, lapor AFP.



Gambar Hiasan

Selain itu, sekatan berkenaan turut dikenakan terhadap semua entiti komersial berkait dengan tentera Myanmar daripada mengiklankan produk masing-masing di platform media sosial itu.

"Sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu, termasuk menggunakan kekerasan yang membawa maut, membawa kepada sekatan ini.

"Kami percaya risiko membenarkan Tatmadaw (nama rasmi tentera Myanmar) menggunakan Facebook dan Instagram adalah terlalu besar," kata Facebook dalam satu kenyataan.


Tentera Myanmar meningkatkan penggunaan kekerasan terhadap kempen penentangan awam yang rata-ratanya dilakukan secara aman, bagi mendesak junta Myanmar melepaskan kuasa.

Tiga penunjuk perasaan antirampasan kuasa terbunuh setakat ini, manakala seorang lelaki yang berkawal di kejiranannya di Yangon bagi memastikan tiada penahanan pada waktu malam, turut mati ditembak.

Pihak tentera negara itu menggunakan Facebook bagi menguar-uarkan dakwaan berlakunya penipuan undi dalam pilihan raya umum Myanmar pada November tahun lalu, yang menyaksikan kemenangan besar Aung San Suu Kyi.

Sejak beberapa tahun lalu, Facebook menyekat ratusan akaun yang dikaitkan dengan tentera Myanmar, selepas dikritik susulan tindak balas perlahan terhadap hantaran berniat jahat di negara itu.

Ketua junta Myanmar, Min Aung Hlaing dan beberapa pemimpin tertinggi disekat daripada menggunakan Facebook pada 2018, setahun selepas tindakan keras tentera terhadap kira-kira 750,000 etnik Rohingya yang terpaksa melarikan diri ke Bangladesh. 


Sumber: BH Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zjen 25-2-2021 08:16 PM
heharap tentera Myanmar juga haramkan facebook

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.035985 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top