Perkongsian video dari pelakon Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau nama komersialnya, Ruhainies di Instagram menarik perhatian wargamaya. Meski tidak mempunyai kontak rapat, namun pelakon Jejak Karmila ini tetap melakukan ujian saringan Covid-19 (swab test) demi keselamatan diri serta komitmen kerja.
Bagaimanapun, gelagat spontannya yang takut-takut nyata membuatkan ramai memberikab pelbagai reaksi. Malah, Ruhainies turut dilihat memegang tangan ibunya kerana rasa gemuruh untuk melakukan ujian saringan baru-baru ini. “Here you go my swab test video siang tadi. Proof that i pun berani okay buat swab-test. sampai shaking tangan dengan kaki. “Tapi takpe, ni pun untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain. “I fikir takde close contact, duduk rumah diam diam tak keluar boleh selamat dah takyah swab test haha.
“Takut punya pasal, tapi dah nak start masuk set for work, kena jugak buat,” tulisnya jujur pada ruangan kapsyen. Menzahirkan rasa syukur, pelakon berusia 28 tahun itu turut memaklumkan dia disahkan negatif virus berkenaan. “Aduh! balik rumah baru terfikir nape tak sumbat je batang test tu dalam hidung sendiri. Mesti tak setakut ni. Oh takleh ke. “Alhamdulillah, my result is negative,” tulisnya lagi.
|
fadz84 replied at 26-2-2021 04:43 PM
Mmg wajib ambil gambar/video masa buat swab test ye? Once in a lifetime experience ke kekdahnya?
ariellin replied at 26-2-2021 05:39 PM
Mcm mana la dia ni boleh jd heroin x da aura plus muka basic
Kurex replied at 26-2-2021 06:33 PM
Celaka mana bukak benang sampah ni?
Nak pulak artis ni sampah hina. Takde kepentingan dalam mama2 ...
ADVERTISEMENT