CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kompaun RM10K Ingkar PKP, Orang Ramai Anggap Terlalu Tinggi

27-2-2021 10:54 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 2641| Komen: 7|Original author: Oleh: Natrahn


Berkuatkuasa mulai 11 Mac 2021, orang ramai yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000. Manakala syarikat yang melakukan sama pula boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 50,000 .

Semua ini dilakukan demi memastikan orang ramai agar patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP dan mendidik mereka betapa pentingnya untuk mematuhi arahan ini.

Kredit foto: Berita Harian


Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun trmasuklah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.



Walaubagaimanapun, berdasarkan komen orang ramai, kebanyakan daripada mereka menyuarakan rasa tidak senang dengan nilai denda ini.



Kredit foto: Twitter Sinar Harian

Sebagai info, di Singapura hukuman pesalah pertama ingkar  SOP adalah SG$10,000 (kira-kira RM 30,000), kesalahan kedua SD20,000 (RM60,000).

Manakala di Korea Selatan kesalahan pertama, denda RM35,000 dan di Indonesia pula, 300 juta rupiah (RM82,343.91). Dapat dilihat jumlah tersebut berkali ganda lebih tinggi daripada denda di negara kita.

Denda RM1000 sebelum ini pun sudah cukup memberi kesan kepada golongan kurang berkemampuan, apatah lagi denda RM10000.

Jadi, langkah terbaik untuk mengelakkan mengeluarkan wang sebanyak itu ialah patuhi SOP. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 27-2-2021 11:34 AM
Gulingkan kerajaan. Hidup anwar ibrahim.
Quote Skuau 27-2-2021 11:46 AM
"Selibu ka....talak kisah.....wa boleh bayar maaa"-olang kaya...
Quote Normabaru 27-2-2021 12:46 PM
Bg carrot pastu rotan big stick.. Hahaha

Siapa kata govt ni skrg bagos.. Menteri kkm ada 3 pon xguna. Tpaksa transfer tugas kat menteri lain plak.. Lols
Quote bungarose 27-2-2021 12:51 PM
Perasuah atau rakyat yang cuci2 duit bley ler bayar 10k.....easy money kan

Rakyat yang kejer tungkus lumus memang teraser ler nak bayar denda 10k
Quote Meiizu 27-2-2021 07:59 PM
Aku risau ketelusan & keadilan...kdg tak sengaja jadi mcm kes acik kluar kete nak angkat anak kat sebelah pasenger seat,parking takde org plak tu..
Atau uncle yg duduk sorang2 kat taman,tiberrr kena denda atau
Kes kat borneo kluar kampung naik 4x4 penuh.

Takut takde budi bicara kat situ ..jadi kes aniaya je.

Kes bin zahid merenyih kat insta konon jumla meeting bole plak kurang jadi 800!
Bayar lawyer lagi mahal dari denda
Quote nowhite 28-2-2021 12:09 AM
Golongan kayangan mampu la bayar sampai 10k..rakyat marhaen ni rm100 pun perit
Quote archer13 28-2-2021 03:14 PM
itu pun nak bising. mesti yg bnyk bunyi ni yg sering inkar peraturan.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.039663 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top