CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cradle Fund: Dua Telefon Bimbit Nazrin Tidak Meletup - Saksi

1-3-2021 10:20 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 2719| Komen: 6|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto : The Malay Mail
Saksi pendakwaan ke-35 perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hasan memberitahu bahawa kedua-dua telefon bimbit yang diambil di lokasi kejadian tidak meletup berdasarkan keadaan fizikalnya.

Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwaraya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, Asisten Superitendan (B) Mohd Sa'ad Mat Nasib, 61 yang juga merupakan bekas pegawai persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berkata hasil pemerhatiannya terhadap dua telefon bimbit yang diberikan kepadanya oleh pegawai penyiasat kes itu, Asisten Superitendan Mohd Nizam Daud mendapati kedua-dua alat komunikasi tersebut tidak meletup berdasarkan keadaan bateri yang masih berada di perumah bateri.


Keadaan telefon bimbit pertama berada di dalam keadaan 90 peratus baik dengan hanya terdapat beberapa kesan melecur akibat haba kebakaran manakala telefon bimbit kedua teruk terbakar.

"Walaupun keadaan telefon bimbit kedua teruk terbakar, baterinya masih di perumah bateri alat komunikasi itu. Saya tidak rasa ada satu letupan yang kuat kerana jika berlaku, bateri akan terkeluar daripada perumahnya, tetapi dalam kes ini bateri masih di perumahnya."

"Rupa bentuk bateri berkenaan masih lagi ada. Kepingan besi di perumah bateri juga masih berkilat dan dalam keadaan baik", katanya memetik Sinar Harian.

Mohd Sa'ad berkata, sekiranya bateri telefon bimbit yang diperbuat daripada Lithium dan dibalut dengan bahan seakan zink terlebih cas, ia akan mewujudkan gas antara bateri dengan pembalut dan akan menyebabkan ia pecah seterusnya berlaku letupan serta percikan cahaya atau api.

Berdasarkan latihan dan pengetahuannya berkaitan alat letupan, jika bateri telefon bimbit berkenaan meletup ketika dicas dengan kedudukan skrin di atas dan bateri di bawah, alat telekomuniksi berkenaan akan naik tidak lebih daripada dua kaki tinggi hasil letupan berkenaan.
Kredit foto : coconut.co
Samirah Muzaffar, 46, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestary, membunuh mangsa.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018
Kredit foto : Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 1-3-2021 10:21 AM
Orang makin licik tp ada yg lebih pandai dr yg licik
Quote Normabaru 1-3-2021 10:25 AM
Hujung2 kes ni nnt Mcm kes razak baginda. Huhu
Quote kakakpositifker 1-3-2021 12:29 PM
Lambat nya kes ni nak tutup. Hm
Quote awekjepun 1-3-2021 01:11 PM
Hujung2.. bebas takde bukti or gagal dari segi pendakwaan.
Quote tumpanglalu74 1-3-2021 01:59 PM
Nak menipoo last2 kantoi..

Quote helicornia 1-3-2021 08:57 PM
peg polis yg kena panggil bg keterangan ni dh pencen ek. tk aman nk pencen kena dtg court lagi.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.034596 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top