CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tercorot Di Asia, Warganet Indonesia Serang IG Microsoft

4-3-2021 04:57 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 3868| Komen: 17|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto: YuKepo.com, Instagram Microsoft

Microsoft baru-baru ini menerbitkan hasil kajian Digital Civility Index, DCI (Indeks Kesopanan Digital) bagi tahun 2020 yang menyaksikan Indonesia berada di tangga paling bawah di rantau Asia dan keempat tercorot di dunia (kedudukan 29) mengatasi negara Afrika (kedudukan 32), Rusia (Kedudukan 31) dan Mexico (kedudukan 30). 

Kajian yang dijalankan ke atas 32 negara itu turut menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-10 netizen paling sopan antara 32 negara, jatuh daripada kedudukan ke-4 pada tahun 2019.  

Tidak berpuas hati dengan keputusan kajian Microsoft tersebut, warganet Indonesia menyerang laman Instagram Microsoft dengan meninggalkan komen-komen yang antaranya berbunyi "microsoft bangs*t","fu*k you" di hantaran bertarikh 18 Februari 2021. 

Namun, di sebalik komen kurang sopan tersebut dapat juga dilihat komen-komen dipercayai daripada warganet Indonesia yang menasihatkan rakan senegara mereka serta meminta maaf kepada Microsoft. Ada juga yang mengiyakan kajian Indeks Kesopanan Digital (DCI) Microsoft sambil merujuk kepada komen-komen kurang sopan yang ditinggalkan warganet Indonesia di laman Instagram Microsoft tersebut.


Selepas serangan hantaran 18 Februari, Microsoft menutup ruang komen di Instagramnya, namun kembali dibuka pada hantaran terkini semalam dan sekali lagi menjadi tumpuan warganet Indonesia yang kelihatan masih tidak berpuas hati dengan hasil kajian DCI Microsoft.




Kredit foto : Instagram Microsoft

Digital Civility Index (DCI) Microsoft mula diperkenalkan pada tahun 2016 dan untuk tahun 2020 sebanyak 16,000 responden daripada 32 negara mengambil bahagian di dalam kajian yang dijalankan pihak Microsoft. - CARI


Kredit foto : Microsoft


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 4-3-2021 05:00 PM
tengok  pulak msia dok atas dia, makanya sakitnya tuh di sini
Quote jalfa 4-3-2021 05:10 PM
Maleis pon sama..x sopan kutuk muidin kat fb pak joko...sama level je ngan sek lempar taik kat kedutaan
Quote rajamoney 4-3-2021 05:15 PM
waduh apa yang udah terjadi ni mba friska?

apa apa an aja sama device nya microsoft pantat kuali itu ya?

mohon penyuluhan mba friska
Quote rajamoney 4-3-2021 05:17 PM
"main-main aja sama kita" - sukawirya7
Quote rajamoney 4-3-2021 05:18 PM
singapore sopan ke?
Quote pasa 4-3-2021 05:26 PM
nak tgk komen org malaysia ala indon boleh tgk dekat komen page malaysiakini


sama taraf je dengan  warnet madura kepedasan cili sos.
Quote Punat_button 4-3-2021 05:27 PM
Microsoft ni faham ka komen melayu?

Quote shida81 4-3-2021 06:56 PM
Tu je komen plg ganas Dr Indonesia.. Msia lg hebat.
Mak ko ijo
Abah cow
Quote merrissa 4-3-2021 08:16 PM
Kesian microsoft kene cyberbully... tula buat lagi kaji selidik  
Quote Decaffeinated 4-3-2021 08:26 PM
Ajak lah microsoft join forum cari
Quote jalfa 4-3-2021 08:32 PM
Belum kena sedas dengan mek senah porom cari
Quote zjen 4-3-2021 08:37 PM
minta maap terus terang,  komen on9 semua negara sama je,  pasal tak bersemuka, toksa takut pihak yg di marah akan tumbuk ke apa,  asalkan sesopan jepun kpop pon bila sampai on9 semua bahasa low class wujud ... biasa nye kemaluan pihak musuh akan di maki sebusuk busuk

Quote Adrif 4-3-2021 08:52 PM
kelakar tengok gambar presiden tepuk dahi
Quote kakikuDibibirmu 4-3-2021 08:56 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 4-3-2021 09:05 PM

Teringat pulak akak suatu ketika dahulu Microsoft pernah mengeluarkan satu produk bernama Microsoft Cibai



Abstract. We introduce Cibai a generic static analyzer based on abstract interpretation for the modular analysis and verification of Java classes. We present the abstract semantics and the underlying abstract domain, a combination of an aliasing analysis and octagons. We discuss some implementation issues, and we compare Cibai with similar tools, showing how Cibai achieves a higher level of automation and precision while having comparable performances.


https://www.microsoft.com/en-us/ ... 2007/01/vmcai07.pdf
Quote Lagubestbest 4-3-2021 11:58 PM
usa budak2 ghetto je perangai kuajaq cepat triggered bagai, indonesia ni budak2 belia muda satu negara perangai tak semenggah.
Quote BebeQ 5-3-2021 11:15 AM
Masuk PUBG, kalau aku tengok team ada indo..left je la.
Diorang tu ngarut sikit, nak main pun tak syok.
Nampak bendera Malaysia..start la mencarut. Tak kena gaya, kita ni pun dibunuhnya.
Quote BicaraHatiku 5-3-2021 11:23 AM
Klaim la...Microsoft.  

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.042311 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top