Gila! Seorang wanita di Afrika Selatan membuat kerja gila apabila menjadikan seluar dalamnya sebagai 'ganti' pelitup muka. Dalam satu rakaman video tular, wanita itu ditegur pengawal keselamatan agar memakai pelitup muka ketika memasuki pasar raya.
"Saya tidak ada (pelitup muka)," kata wanita itu seperti dipetik portal thesouthafrican.com. Apabila diberi amaran, dia dengan selamba menanggalkan seluar dalam yang dipakainya sebelum menjadikannya sebagai pelitup muka. Namun, apa yang mengejutkan apabila aksinya mendapat sokongan pengunjung pasar raya. "Bakteria pada seluar dalam wanita lebih kecil berbanding pelitup muka. "Secara peribadinya saya boleh menerimanya, ia tetap pelitup muka," katanya. Bagaimanapun, ramai warganet mengecam tindakan tidak senonohnya itu.
Sumber: Harian Metro
|
TOPwind replied at 28-2-2021 04:03 AM
pada pandangan kita orang come onlah bagi mengelakan perkara ini- apalah salahnya jika pihak penguru ...
helicornia replied at 28-2-2021 08:30 PM
ya Allah
buat malu golongan perempuan je
ADVERTISEMENT