CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad 'Koyak' Dikritik

1-3-2021 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22978| Komen: 122

Biarpun baru tiga minggu mengacarakan program Famili Duo, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berdepan pelbagai kritikan negatif di laman sosial sehingga terdetik untuk menarik diri.


Uyaina yang membaca setiap teguran dan komen negatif yang diberikan bagaimanapun menjadikan ia pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri.


Foto: IG

"Saya membaca kesemua komen diberikan. Saya menerima segala komen negatif dan positif sebagai pembakar semangat. Saya mohon diberikan ruang untuk memperbaiki diri dan berharap kekal bersama saya dalam perjuangan ini. 

"Mengacarakan program secara berseorangan tidak mudah. Banyak yang perlu saya belajar walaupun ada terdetik rasa patah semangat dan nak tarik diri ketika membaca komen-komen yang diberikan," katanya. 




Enggan membiarkan komen negatif mematahkan semangatnya, Uyaina memohon sokongan daripada semua pihak untuk melihat dirinya bangkit dan berjaya. 

"Jika dilihat pengacara hebat tanah air pun pernah menjadi 'orang baru' dan mereka juga jadi bagus secara berperingkat. Saya harap saya juga begitu. 

"Bagi saya proses untuk menjadi bagus itu bukan mudah. Apa yang saya lalui sekarang adalah proses pembelajaran. Doakan kejayaan saya," katanya. 



Famili Duo adalah program realiti berkongsepkan pertandingan nyanyian famili dengan menampilkan 40 pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular dan ahli keluarga mereka. 

Selain menyaksikan pembabitan Uyaina sebagai pengacara, program terbabit turut menampilkan Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri tetap. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 1-3-2021 04:37 PM
Kau memang tak reri mekap. Buruk & nampak tua
Quote mieymiey 1-3-2021 04:39 PM
Macam ada something yang tak kena dengan sheols ni. Baju? Tudung? Mekap?
Quote husie91 1-3-2021 04:44 PM
mieymiey: Macam ada something yang tak kena dengan sheols ni. Baju? Tudung? Mekap?


Maybe sejenis tkleh experimen fashun kt sheols. Serba tak kena.. ada org tk kira feshen apa mcm cantik terletak je contoh scha tu.. tp dia acah2 mix n match cum tp sbnrnya ke laut kot hehr
Quote husie91 1-3-2021 04:45 PM
Kurex: Kau memang tak reri mekap. Buruk & nampak tua


Mua dia ni ikutkn kalau makeup org lain cantik jee tp kt gmbr atas ni fondesennya kelabu.. ikut skin kt tgn putih uyaina ni tktau kenapa kelabu makeupnyaaa serius tk masukkk dengan skin.. eh kurex kesah plak kau dgn makeup kelabu ke tak kan kihkih
Quote jajamis 1-3-2021 04:52 PM
Berlakon bosan mengacara pon bosan
Quote matchstick 1-3-2021 05:00 PM
Tudung ariani tu jadi tak cantik sheols pakai..kalau migha basic pakai terletak elok je. Kain tudung ariani kan jenis mudah bentuk. Ni ko pakai kemek mcm kain ariani Vietnam jah. Tokey tudung kalu nk cari modal or duta tudung korang cari lah yg mcm wani barista tu. Tudung sentiasa jadi bila sheols pakai. Mgkn sheols pandai iron kot
Bila tudung model pakai terletak aje tak kira apa keadaan it gives impression yg tudung tu kain elok dan mudah bentuk (walaupun sebalik tabir tudung tu kena gosok 2 jam baru jadi) Baru lah berebut org nk beli.
Sekian aku membebel pasal tudung tak jadi
Quote makadek 1-3-2021 05:02 PM
Mmg tk sesuai langsung mcm apo tah... Elok bgi yg happening..tb3 tk de duit ke nk bayar retis...appo la staf sendiri layak utk segmen wanita hari ni yg masak2 tu
Quote pointed 1-3-2021 05:03 PM
Mmg membosankan . X de aura mungkin
Quote mrsbale 1-3-2021 05:19 PM
Xde aura selebriti. Dah abis bermakeup and berfashion pun still sgt menguap tgk dia nih
Quote MatDeghem 1-3-2021 05:23 PM
Dia ini bakal jadi Neelopaaaa

Host tak menjadi tapi fesyen aje yang melebih

Quote bondeh 1-3-2021 05:32 PM
Masa sheoll masuk Pengacara Jemputan Nona ke apetah dulu meolls dengan kakak siap cakap "budak nih takkan menang sebab dia muka so desa & biashe2" wakakakakak
Quote febreze 1-3-2021 05:33 PM
betul x sdap dia jd pengacara rancangan hiburan.. mcm lembik semacam.. soklan pon tanya tah ape2..dok je Wanita Hari Ini tu smpai pencen
Quote hasniey 1-3-2021 05:34 PM
Makeup buruk.tudung penyek.
Tp xleh komen dia mengacara sbb xtgok
Quote KIM.K 1-3-2021 05:54 PM
Ko ni nampak awek kuale sangat
Pi mengacara kat kuale nun
Quote deebiz14 1-3-2021 06:06 PM
Face shape very one dimensional. Selayaknya jadi watak kampung2an je sheols ni.
Mmg takde aura seleb.
Quote bankerpencen 1-3-2021 06:27 PM
mieymiey replied at 1-3-2021 04:39 PM
Macam ada something yang tak kena dengan sheols ni. Baju? Tudung? Mekap?

Setuju. Tak pernah rasa dia ni attractive or anything... tapi taktau apa yang sebenarnya tak kena. Takde aura kot
Quote mamastoney 1-3-2021 06:29 PM
Riak muka dia sentiasa sedih, mcm Ina Naim
Quote cikkilata 1-3-2021 06:30 PM
Mekap and fesyen dia ni mmg hauk la... less is more..
Quote fealefea 1-3-2021 06:30 PM
Awak tu sebenarnya dah diberi byk platform. Kat indonesia je dah berbulan bulan jadi mc. Wanita hari ini setiap minggu. Tak ke beruntung tu. Org lain kene praktis2 utk dpt 1 peluang jadi mc. Mohon terus perbaiki cara tu. Jgn jadi Mira. Dok umah pon tak praktis jadi mc nona tu. Dah bergandingan dgn pengacara nona pon tanak belajar. Org tgk awak sbb dulu awak comel dan single. Kelebihan tu dah hilang.

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.044831 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top