CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Amber Heard Disingkir Dari Aquaman 2 Sebab Gemuk?

2-3-2021 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11046| Komen: 47

Kredit foto: Sausage Roll


Pelakon popular Hollywood, Amber Heard didakwa digugurkan dari penggambaran sekuel filem DC, Aquaman 2 kerana gagal melepasi ujian kecergasan ditetapkan pihak produksi.

Justeru, Amber, 34, yang membawa watak Puteri Mera dalam Aquaman pada 2018 dikatakan bakal diganti pelakon Games Of Throne, Emilia Clarke.


Kredit foto: Sausage Roll

Sumber memberitahu portal hiburan Australia, Sausage Roll bahawa keadaan fizikal Amber yang berada di tahap kurang memuaskan dan berat badan bertambah menjadi punca utama dia disingkirkan.

“Dia telah melanggar satu klausa kontrak bagi watak Mera yang menuntut pelakon berada dalam keadaan cergas dan berstamina kerana perlu melakukan banyak aksi lagak ngeri,” kata sumber itu.


Bagaimanapun, CBR melaporkan penulis bagi The Hollywood Reporter, Ryan Parker memaklumkan pengikutnya di Twitter bahawa khabar itu tidak benar.


Kredit foto: Twitter

Pada November tahun lalu, peminat bekas suami Amber iaitu Johny Depp membuat petisyen agar aktres ini digugurkan daripada karakternya dalam Aquaman 2, namun menurut akters berkenaan pada ketika itu, ia tidak mengubah apa-apa dan dia teruja untuk memulakan penggambaran yang sepatutnya bermula pertengahan tahun ini.

Petisyen menyingkirkan Amber daripada Aquaman 2 dilaporkan sudah berjaya mengumpul tandatangan sebanyak 2 juta orang.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 2-3-2021 09:53 AM
Tu bukan gambar amber heard yang portrait tu. Sukahati je {:nose
Quote Tinot7 2-3-2021 09:55 AM
So dia disingkirkan ke tak?
Quote makneng 2-3-2021 10:01 AM
Kalau betul2 kena singkir baguslah.. Karma uolls. #teampakcikdepp
Quote beloomberk 2-3-2021 10:17 AM
234126 replied at 2-3-2021 01:53 AM
Tu bukan gambar amber heard yang portrait tu. Sukahati je {:nose

Tu kn emilia clarke yg dikatakan akn gnti amber heard dlm aquaman..
Quote ellejo 2-3-2021 10:21 AM
bukan sebab petisyen tu dah ramai yg sign ke?
Quote rosasen 2-3-2021 11:13 AM
234126 replied at 2-3-2021 09:53 AM
Tu bukan gambar amber heard yang portrait tu. Sukahati je {:nose

baju merah kotak2 tu ke? mmg dia la
Quote MadameOnion 2-3-2021 11:39 AM
elok la...perangai pun pelik
Quote alesandra 2-3-2021 11:42 AM
padan muka betina neh...
Quote pxlbb 2-3-2021 12:14 PM
234126 replied at 2-3-2021 09:53 AM
Tu bukan gambar amber heard yang portrait tu. Sukahati je {:nose

tu emilia clarke la pengganti amber heard jadi mera
Quote lavendernovella 2-3-2021 12:14 PM
Kalau emilia , happy giler si momoa...
Tgk interview momoa dgn amber, heol mmg nampak sangat "keep distant" dgn amber. He knew something hahaha
Quote pxlbb 2-3-2021 12:17 PM
adan uke walaupun sheols mmg cantik gila tapi perangai jijik yach keganasan rumahtangga.. kesian bam johny

anywayyys x elon musk kot dia ni takkan la takde funding nak kuruskan badan
Quote missyL 2-3-2021 12:35 PM
Amber sgt cantik.. Tp syg lah.. Perangai x bape cntik..
Emilia mmg suke la i. Haha. Reunite ngn mamao. Yeayyy
Quote rajamoney 2-3-2021 01:40 PM
amber hurt
Quote delia3003 2-3-2021 03:40 PM
Tolong ler jangan emilia ganti, muak ler tengok muka dia, dgn petite macam tu, tak sesuai
Quote annehuda 2-3-2021 03:43 PM
abg johnny dulu ngan vanessa tak kawen2 walaupun dah beranak 2 org. skali tu kawen ngan amber ni, merana seumur hidup. reputasi jatuh, kene fitnah. tu pun ex heols masih sudi lg kasi statement abg johnny tak penah pun pukul diorg, pastu kene hencap ngan netizen sbb back up bang johnny
Quote 234126 2-3-2021 04:22 PM
pxlbb replied at 2-3-2021 12:14 PM
tu emilia clarke la pengganti amber heard jadi mera

iol tadi baca terskip pulak paragraph tu kikikiki pantang iol kalau compare retis pujaan iol emilia dgn amber. Triggered terus hahahaha

iol tak suka amber heard. Evil lady.
Quote Orix 2-3-2021 06:01 PM
iols suka jah emilia clarke ganti amber heard... gandingan GOT lagi la nampaknya... amber tu dlu nk tangkap elon musk tp x dpt khuensttt
Quote capiloton 2-3-2021 07:27 PM
betina ni la yang berak tinggalkan najis dia atas marital bed,
hanya kerna jonny depp terlambat datang birthday party dia.


Quote AKAZ85 2-3-2021 08:23 PM
Padan laa muka.. Sibuk nak jatuhkan bekas laki larat2 ko yang kena balik

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.073158 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top