Menganggap wajah awet muda dan bentuk badan yang kecil sebagai satu kelebihan, pelakon Daiyan Trisha mengakui dia seronok dapat memegang watak pelajar sekolah bernama Aaida dalam drama siri terbaharu berjudul Projek Anchor SPM.
Berkongsi mengenai watak tersebut, Daiyan mengakui dia berasa bangga dapat menjadi Aida yang dianggap sebagai wakil kepada pelajar sekolah yang berdepan dengan tekanan dari segi pelajaran dan konflik kekeluargaan. "Sejujurnya, saya memang enjoy sangat membawa watak sebagai Aaida. Mungkin fizikal dan wajah saya memberi satu kelebihan untuk diri saya masih dipanggil untuk memegang watak remaja sekolah. "Kalau nak ikutkan watak dalam drama itu dengan diri saya jauh usia 10 tahun beza... bukan saya seorang sahaja, rasa-rasanya semua pelakon pun sama. Bagi saya, Aaida adalah wakil bagi ramai pelajar sekolah yang mempunyai tekanan dalam pelajaran.
"Selain mempunyai masalah peribadi dan konflik dalam keluarganya. Sebab itu, saya rasa sangat bangga dapat memegang watak yang mewakili ramai pelajar," kata Daiyan kepada mStar.
|
Normabaru replied at 3-3-2021 10:54 AM
dh sepesen nadia brian je muka alter
makneng replied at 3-3-2021 11:01 AM
Kenapa retis2 muda skrg especially yg pompuan muka spesen? Bosan tau.
sharlenetexas replied at 3-3-2021 10:59 AM
Beautician sama kot?
sapeka replied at 3-3-2021 11:35 AM
Muka baru tak lawa la dik
Muka lama lebih ayu dan manis
Tak nyesal ke?
tupaiterbang replied at 3-3-2021 12:06 PM
Plot drama tiru movie thai tajuk genius tu ka?
ADVERTISEMENT