CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cradle Fund -Kesan Anak Panah Di Badan Nazrin

4-3-2021 08:50 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 5186| Komen: 15|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto : Sinar Harian, NST
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa diberitahu bahawa tiga serpihan batang anak panah dijumpai di halaman rumah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund ketika pihak polis menjalankan siasatan buat kali kedua pada 19 September 2018 ke rumah berkenaan. Turut dijumpai pada hari sama, recorder (perakam) kamera litar tertutup (CCTV) tanpa wayar di bilik stor.

Inspektor Nor Harman Ab Hamid, 36 yang bertugas di bahagian latihan Bukit Aman berkata pada 19 September 2018 jam 10 pagi dia telah mendapat panggilan daripada pegawai penyiasat kes, Asisten Superitenden Mohd Nizam Daud untuk membantu melakukan sekali lagi penyiasatan di rumah Nazrin di Mutiara Damansara setelah mendapat maklumat daripada pegawai penyiasat bahawa kemungkinan punca kematian adalah akibat anak panah.


Memetik Bernama, ketika disoal peguam L S Leonard yang mewakili ketiga-tiga tertuduh mengapa beliau tidak menemukan apa-apa ketika pergi ke tempat kejadian pada kali pertama (11 Ogos 2018) dan hanya menemukan barang kes ketika kali kedua pergi ke rumah tersebut, Nor Harman menjawab pada kali pertama siasatan, pegawai penyiasat tidak mengkhususkan apa-apa barang yang perlu dicari sementara ujian pengesanan ibu jari tidak menemukan sebarang cap jari di tempat kejadian namun pada kali kedua beliau dimaklumkan Mohd Nizam bahawa hasil forensik menemui kesan anak panah pada si mati.

"Pada 11 Ogos 2018 saya tidak pasti apa barang kes yang perlu saya cari manakala pada 19 September 2018 saya sudah ada target (matlamat) untuk mencari serpihan anak panah setelah diberi maklumat oleh pegawai penyiasat", kata saksi pendakwaan ke-38 itu.

Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah, seorang lagi peguam pihak pembelaan mempersoalkan tempoh masa yang panjang di antara tarikh pegawai forensik mengambil sampel bahan bukti di tempat kejadian dengan tarikh kejadian itu berlaku selepas Nor Harman memberitahu beliau telah pergi ke rumah si mati selepas dua bulan dari tarikh kejadian (14 Jun 2018) iaitu pada 11 Ogos 2018.

Nor Harman bersetuju dengan peguam Tan Sri Muhammad Shafee dalam tempoh tersebut apa-apa sahaja boleh berlaku di lantai, dinding dan lain-lain tempat di lokasi kejadian dan pencemaran (bukti) boleh berlaku seperti calitan darah oleh sesiapa sahaja kerana rumah berkenaan tidak lagi dikawal dan telah dibersihkan selepas kematian Nazrin.

Kredit foto : NST
Terdahulu pada perbicaraan hari Isnin, saksi ke-37, Pegawai Penjaga D9 Siasatan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya R.Murugesh, 35 memberitahu mahkamah, satu plastik putih dengan kesan seakan-akan jelaga yang tertera nama 'Nazrin' mengandungi kad sim ditemui ketika pemeriksaan polis di kediaman ibu bapa Samirah pada 11 September 2018. 

Samirah Muzaffar, 46, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, menyebabkan kematian Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Kredit foto: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote n3ar 4-3-2021 09:26 AM
apsal susah sangat nak setel kes ni..

bukti bertimbun2....sebab suspek berprofil tinggi ke
Quote saviour_09 4-3-2021 10:57 AM
sadis gila main panah2 dalam rumah pulak
Quote wirazam 4-3-2021 11:06 AM
tak dapat lagi eka wahyu lestari tu?
mohon pegawai penyiasat pertolongan SKMM dan jabatan imigresen...mesti later or sooner dia akan renew permit kan
Quote cmf_premierleag 4-3-2021 11:08 AM
wirazam replied at 4-3-2021 11:06 AM
tak dapat lagi eka wahyu lestari tu?
mohon pegawai penyiasat pertolongan SKMM dan jabatan imigresen ...

penah baca yg bibik eka tu dh lari ke indon awal2 lg
kalo lari ke indon lg susah nk cari
Quote monsterwife 4-3-2021 11:09 AM
Tulah dah elok2  kahwin bercerai
Kwin plk dgn ppuan brdna kicap
Quote rajamoney 4-3-2021 11:19 AM
saviour_09 replied at 4-3-2021 10:57 AM
sadis gila main panah2 dalam rumah pulak

tu lah pasal

da mcm citer kindaichi dah
Quote rajamoney 4-3-2021 11:24 AM
monsterwife replied at 4-3-2021 11:09 AM
Tulah dah elok2  kahwin bercerai
Kwin plk dgn ppuan brdna kicap

ramai org melayu bangsawan asalnya kampung melayu bagus2 ni akhirnya berpasangan ngn kicap

kicap ni pulak masa muda pandai melaram dan SENANG diperolehi dngn harga mydin

tu yg ramai merican2 jd bangsawan tu

asalnya marakayar sebnarnya

moralnya

anak dara melayu kena pandai melayan lelaki

jngn jual mahal dan pilih yg bagus2 kalau diri tu ramai yg kata lawa la

kalau tk pandai tak ingin layan lelaki

kerja keras dn jngn komplen
Quote nowhite 4-3-2021 02:19 PM
rajamoney replied at 4-3-2021 11:24 AM
ramai org melayu bangsawan asalnya kampung melayu bagus2 ni akhirnya berpasangan ngn kicap

kica ...

Kicap pandai layan laki ka
Quote rajamoney 4-3-2021 03:00 PM
nowhite replied at 4-3-2021 02:19 PM
Kicap pandai layan laki ka

entah

tapi sebelum kahwin

diorang ni la yg jual murah harga mydin

gamak tk sanggup nk bermertua bangsa sndiri

busuk2 melayu di mata puak2 ni orng melayu ni bagus tk buli menantu
Quote jalfa 4-3-2021 03:03 PM
Cantiknya picca suspek tu..patotlah ceo terpikat....tapi mmg untung jd anak vip..kes macamni pon aman aman adja tahanan rumah jah
Quote lilydandelion77 4-3-2021 08:38 PM
Kes paling menarik tapi rumit...bakalan berpanjangan....
Anak2 arwah dgn suspek bawah jagaan siapa ye..kesian sbb kecik lg
Quote Ain_h 17-3-2021 11:55 AM
Mati kena panah sgt rare di dengar
Quote Buritan 17-3-2021 11:58 AM
rajamoney replied at 4-3-2021 11:24 AM
ramai org melayu bangsawan asalnya kampung melayu bagus2 ni akhirnya berpasangan ngn kicap

kica ...

Baik esok aku mulakan.. koh koh.. jhn mare tau.. aku boring hari ni
Quote Buritan 17-3-2021 11:59 AM
monsterwife replied at 4-3-2021 11:09 AM
Tulah dah elok2  kahwin bercerai
Kwin plk dgn ppuan brdna kicap

Nak rasa apam kicap pulak.. sebelum ni pau je mkn.. jemu.. try apam kari pulak
Quote Trumpettt 17-3-2021 12:23 PM
Okt ni tahan duk lokap sementara perbicaraan ke or berkeliaran bersama kita...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.041172 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top