Selain beras dan rencah masakan, antara barang keperluan lain yang paling penting di dapur sudah tentunya minyak masak. Namun tanpa disedari, ada segelintir dalam kalangan kita yang mempunyai satu tabiat iaitu gemar menggunakan minyak masak berulang kali.
Pendek kata, selagi warna minyak masak tidak berubah menjadi kehitaman, selagi itulah ia disimpan dan digunakan beberapa kali. Mungkin tidak ramai yang tahu, tabiat ini sebenarnya memberi kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Menerusi perkongsian Dr Ahmad Samhan di bebenang Twitter, beliau menerangkan risiko akibat penggunaan minyak masak berulang kali, antaranya boleh menjadi punca penyakit barah!
"Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah. "Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. "Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut," demikian kongsi doktor tersebut. Menurut Dr Ahmad Samhan, sebaiknya minyak masak diguna maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja dan sekiranya ia telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang. "Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan. "Hati-hati menggunakan minyak masak dalam paket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam paket 1kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia. "Elakkan dari beli minyak yang tak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah," pesannya. Tambah doktor ini, orang ramai juga sebaik-baiknya dinasihatkan untuk mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula bertujuan mengurangkan kos. "Di rumah, saya memang melarang isteri untuk guna minyak yang sama. Cukup hanya sekali. "Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodiesel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan," kongsinya lagi. -CARI Sumber: mStar Online
|
She-Ra replied at 3-3-2021 02:26 PM
minyak terpakai tu boleh buat sabun
boleh belajar dari you tube atau tanya mana2 org yg pakar/perna ...
aotearoa replied at 3-3-2021 02:17 PM
Yalah. Kadang-kadang makcik kiah yang goreng pisang pun guna minyak berulang-ulang sbb selalu juga ...
raihaneem replied at 3-3-2021 01:17 PM
Sampai hitam ?.. tu dahsyat..
Redmyvi replied at 3-3-2021 03:02 PM
kalau minyak bekas grg ayam jadi sabun bau ayam tak.. hehe
aotearoa replied at 3-3-2021 02:17 PM
Yalah. Kadang-kadang makcik kiah yang goreng pisang pun guna minyak berulang-ulang sbb selalu juga ...
aotearoa replied at 3-3-2021 02:17 PM
Yalah. Kadang-kadang makcik kiah yang goreng pisang pun guna minyak berulang-ulang sbb selalu juga ...
Redmyvi replied at 3-3-2021 01:39 PM
bayangkan la kt kedai2 mamak yg jual ayam grg tu berapa kali ulang guna minyak yg sama..
ADVERTISEMENT