CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Keluarga Dihalau Kampung Kerana Tonton Filem Lucah

3-3-2021 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3942| Komen: 15

Sebuah keluarga di daerah Sinujiu di Korea Utara dilaporkan dihalau dari kampung selepas anak lelaki mereka ditangkap menonton filem lucah.

Daily NK melaporkan, remaja terbabit dikesan menonton filem berkenaan pada waktu malam bagi mengelak dikesan oleh ahli keluarganya.



Gambar hiasan

Namun, anggota keselamatan yang ditugaskan menjalankan pemantauan mengesan aktiviti mencurigakan itu.

Remaja lelaki itu kemudian ditahan dan dia didapati bersalah.

Sebagai hukuman, remaja itu bersama ahli keluarganya diusir dari kampung berkenaan.

Namun, bagi penduduk di bandar, hukuman dikenakan itu dianggap terlalu berat kerana keluarga yang diusir akan hilang mata pencarian.

Malah, mereka juga sukar untuk mendapatkan tempat tinggal kerana sumber kewangan yang terhad.

Bukan itu saja, mereka yang didapati bersalah juga akan dianggap sebagai penjenayah oleh masyarakat setempat.


Di Korea Utara, rakyatnya diingatkan supaya tidak menyimpan material hiburan seperti muzik dan filem dari Korea Selatan.

Negara berkenaan mengawal ketat kemasukan maklumat untuk rakyatnya, malah akses internet juga terhad kepada golongan tertentu saja.

Dalam pada itu, Korea Utara secara rasmi melaporkan negara itu masih tidak merekodkan kes positif Covid-19.

Ia selepas pihak berkuasanya menutup sempadan negara itu dengan China sejak penularan virus itu.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeghanK 3-3-2021 01:48 PM
hermit kingdom
Quote sukacactus 3-3-2021 02:14 PM
Overnya!
Xpernah xover NK ni
Quote Boomibulat 3-3-2021 02:15 PM
Kira mcm pencegah maksiat la ni..pgi intai org tgk citer ape mlm2..
Quote jazaa100 3-3-2021 02:18 PM
Dah kena halau tu nk duduk mana?....
nasib baik satu family tak kena tembak....

memang le xde covid.....demam demam...batuk batuk mcm ada symptom covid je...tembak....
Quote rajamoney 3-3-2021 02:23 PM
kat malaysia ramai yg kaki porno

baik lelaki perempuan dan gay2 pondan2 pedo semuanya suka pornografi

ikut lah sngt perangai etis
Quote Jorja 3-3-2021 02:28 PM
Puberty hormon tak stabil
Quote dudaberhias 3-3-2021 03:41 PM
Moga korea utara bebas dari pimpinan Dictator satu hari nanti.
Quote notM 3-3-2021 03:45 PM
rajamoney replied at 3-3-2021 02:23 PM
kat malaysia ramai yg kaki porno

baik lelaki perempuan dan gay2 pondan2 pedo semuanya suka pornog ...

Kau ni sesuai duduk bawah Komunis UMNO

Quote rajamoney 3-3-2021 03:59 PM
takkan nk duduk bawah calabai cam yg kat atas ni lak
Quote Artemesiaa 3-3-2021 04:39 PM
Dah Korea Utara kan tak pernah tak tegas tindakannya
Quote Belibis 3-3-2021 08:14 PM
Kat sini,jab agama buat operasi cegah maksiat pun kena kecam.kununnya ganggu hak asasi.
Quote Lagubestbest 3-3-2021 08:22 PM
entahlah. korea selatan diorang maju dengan asbab zaman dulu diorang tangkap penduduk setinggan/ miskin/ homeless, letak dalam satu kem/ penempatan, paksa diorang jadi buruh binaan (bangunkan bandar2 moden eg: gangnam) tanpa bayar gaji.
Quote helicornia 4-3-2021 08:28 AM
kot je pun hukum je la anak lelaki tu je
Quote royaldanish 4-3-2021 08:45 AM
eh melampaunya.... yg mengkantoikan budak tu kompom penjilat tegar
Quote umbut 4-3-2021 09:17 AM
Nk ni sampai bila ko nak seal negara ko dari dunia luar.. dulu sebelum soviet union jatuh leh ler ada geng.. sekarang harapkan china je...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.050731 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top