Tidak perlu kemewahan, cukup hanya bersederhana. Itu cuba ditonjolkan Shahrul Amri Ibrahim, 25, dalam membahagiakan isterinya, Nurul Akma Abd Rashid, 25, yang dinikahinya, November lalu dengan cara tersendiri.
Usaha Shahrul Amri membuat kejutan menghadiahkan komputer riba terpakai kepada Nurul Akma pada 26 Februari lalu sehingga mengundang sebak wanita itu meruntun hati warganet sekali gus memberi inspirasi kepada mereka. Menurut Shahrul Amri, bukanlah tujuannya menunjuk-nunjuk kebahagiaan rumah tangganya, namun niatnya hanya mahu memudahkan isterinya yang bertugas sebagai guru tadika. "Sebagai guru, peranti itu menjadi satu keperluan buat isteri dalam menyediakan bahan dan soalan peperiksaan selain melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dalam talian bersama anak muridnya.
"Walaupun dia tidak pernah mengeluh atau meminta-minta, namun saya kasihan tengok kesulitannya kadangkala terpaksa meminjam komputer riba dari sekolah untuk menyelesaikan tugasannya itu. "Ia membuatkan saya terfikir untuk menghadiahkannya komputer riba bagi memudahkan urusan kerjanya," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Katanya, dia mula merancang niatnya itu dengan menyimpan wang sebahagian pendapatannya sebagai juruteknik bioperubatan, penghantar makanan dan berniaga dalam talian sejak Disember lalu. "Saya pergi ke kedai mencari komputer riba terpakai dan sesuai dengan bajet saya RM900 kerana tidak mampu membeli yang baru. "Selepas berpuas hati dengan spesifikasi yang sesuai untuk tugas isteri, saya akhirnya setuju membeli komputer riba terpakai sebuah jenama," katanya. Shahrul Amri berkata, dia sengaja meletakkan peranti itu di bawah bantal dalam bilik tidur mereka bagi memberi kejutan kepada isterinya. "Pada hari itu, saya memaklumkan lewat menjemputnya dari tempat kerja berbanding jam 6 petang pada kebiasaannya kerana ada kerja. "Sebenarnya selepas membeli komputer riba itu saya pulang dulu ke rumah untuk menyembunyikan laptop itu di bawah bantal dalam bilik kami. "Ketika sampai di rumah, saya memberitahunya ada kejutan istimewa dalam bilik sebelum dia menjumpai beg komputer riba itu di bawah bantal dan menangis apabila melihat apa yang ada dalam beg itu," katanya. Katanya, walaupun cuma hanya sebuah komputer riba terpakai, namun dia berbangga dapat membahagiakan isterinya dengan cara tersendiri. "Bagi saya kebahagiaan tidak boleh diukur dengan benda mahal cukup jika kita memahami dan dapat meringankan beban orang yang kita sayang. "Saya harap dengan adanya komputer riba itu dapat menaikkan lagi semangat isteri dalam berbakti kepada anak bangsa," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
rajamoney replied at 3-3-2021 05:15 PM
guru tadika nk guna laptop watpe?
URUHA replied at 4-3-2021 06:33 AM
Utk buat laporan harian & tugas2 lain jugak. Selain tu guna just in case kena buat PdPR. Kawan2 me ...
BoongaKertas replied at 4-3-2021 08:29 AM
iols suka kisah2 mcm ni. yg berusaha keras cari sumber rezeki halal utk bg psgn. awl2 kawen, mmg sus ...
dudaberhias replied at 4-3-2021 05:46 AM
semoga di murahkan rezeki... banyak manfaat laptop tu mana tau kot2 dia pandai belajar online ujung2 ...
ducat replied at 4-3-2021 10:59 PM
Si isteri boleh je berniaga. Kena explore bakat sendiri, mana tau boleh jual kuih muih ke. Nanti b ...
ducat replied at 4-3-2021 10:59 PM
Si isteri boleh je berniaga. Kena explore bakat sendiri, mana tau boleh jual kuih muih ke. Nanti b ...
ADVERTISEMENT