Masih berkisah isu Sajat, nampaknya 'kawan baiknya' juga meminta usahawan kosmetik itu menyerah diri. Datuk Seri Aliff Syukri ketika dihubungi Utusan menasihati Sajat supaya menghormati undang-undang dan agama. “Kita sebagai seorang manusia, perlu menghormati undang-undang. Tak salah jika kita mengaku salah. Itu tidak bererti kita kalah. Kita rakyat Malaysia, ada undang-undang yang perlu kita patuhi. “Sebagai sahabat, saya tak mahu Nur Sajat keluar daripada Islam atau murtad. Jangan tertekan dengan segelintir warganet. Menyerahlah. Ikut garis panduan dan undang-undang,” katanya kepada Utusan Malaysia. Loading FB Post...
Sebelum ini tular video Sajat mengumumkan seolah-olah mahu keluar dari agama Islam berikutan tertekan diburu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Berikutan itu, Aliff turut menjelaskan bahawa dia sudah lama tidak berhubung dengan Sajat dan enggan terlibat dengan urusannya. Dia bagaimanapun mendoakan yang terbaik buat sahabatnya itu - CARI
|
songhara1226 replied at 3-3-2021 06:08 PM
X boleh ke dakwa si AS ni atas dakwaan bersubahat???
unguaurora replied at 3-3-2021 07:34 PM
Iols rasa dlm hal ni bukan sajat yg harus ditempeleng bg sedar, tp mak bapak heshe. Xkan hal mcm ni ...
dudaberhias replied at 3-3-2021 10:30 PM
iols tak suka as dan satu2nya bmf iols takkan sokong adalah produk2 as yang rega yahudi ittew... kec ...
unguaurora replied at 3-3-2021 11:34 AM
Iols rasa dlm hal ni bukan sajat yg harus ditempeleng bg sedar, tp mak bapak heshe. Xkan hal mcm ni ...
234126: Tok alip ni pun mcm tak paham konteks isu sajat ni pegi sebut ‘nur sajat’ Dah sah2 kawan kau tu lelaki tok alip. atau dia ni masih yakin sajat khuns ...
ADVERTISEMENT