Jika anda masih ingat dengan pembunuhan tragis kanak-kanak, James Bulger's, 2 oleh dua kanak-kanak juga pada tahun 1993, pastinya terkejut dan sedih dengan kisah menyayat hati itu. Kini setelah 28 tahun berlalu, sebuah dokumentari, Lost Boy : The Killing of James Bulger turut menembual keluarga James termasuklah adik-adiknya yang terkesan dengan tragedi itu. Menurut Michael, Leon dan Thomas, kehilangan abangnya sangat mengguris hati mereka sekeluarga. Ibu mereka, Denise sentiasa mendendangkan kisah tersebut lalu menggambarkan bagaimana rupa parasnya.
James yang dibunuh pada 12 Februari, 1993 setelah dua budak sekolah menculiknya dari sebuah pusat beli belah, Merseyside, England. Robert
Thompson dan Jon Venables, masing-masing berusia 10 tahun disahkan sebagai pembunuh. Mereka telah mendera, memukul, mencederakan secara seksual, menuang cat ke dalam mata James kemudiannya membaling batu ke kepalanya sehingga mati. Mereka kemudiannya meninggalkan mayat di lintasan keretapi supaya dilanggar dan mayatnya hanya ditemui dua hari kemudian. Leon, 21 menyatakan dia tidak mahu tahu kejadian tersebut dengan terperinci. Manakala Michael, 27 yang lahir selepas sembilan bulan kematian James berkata yang abangnya sentiasa berada di rumah mereka. Michael turut menjelaskan yang pembunuhan abangnya membuatkan mereka tidak dibenarkan ke aktiviti sekolah yang perlu bermalam dan juga ke pasar raya bersama rakan-rakan. Mereka cuma dibenarkan bermain di hadapan rumah dengan diperhatikan oleh ibunya. Sementara itu, ayah James, Ralph Bulger menyatakan yang hukuman penjara selama lapan tahun kemudiannya dibebaskan sebenarnya membahayakan dunia. Ini kerana Venables, 38 pernah ditangkap pada tahun 2010 kerana kesalahan memiliki gambar lucah kanak-kanak. Tiga tahun kemudian, dia dibebaskan namun dimasukkan penjara sekali lagi pada tahun 2017 atas kesalahan sama. - CARI
|
Straya replied at 4-3-2021 09:52 AM
Aku tak boleh baca cerita ni. Sakit hati bila budak2 pembunuh tu dilepaskan selepas 8 tahun & dapat ...
dua_chzy replied at 4-3-2021 11:50 AM
Rest in heaven James. Masa menda ni berlaku akak baru darjah 4. Terkesan betul akak bila baca lapora ...
sarahmirza replied at 7-3-2021 02:34 PM
Walaupun dapat identiti baru tapi bapa James masih tau perkembangan hidup Venabels tu eh...
dua_chzy replied at 8-3-2021 08:34 AM
A'ah. Hahaha.
Tinot7 replied at 8-3-2021 08:03 PM
Tapi gambar profil mcm ongtua.. iols ingatkan kaka ni dah umo 40an nak masuk 50an ka.. sudah 50an ...
dua_chzy replied at 8-3-2021 08:28 PM
Gambar profile Tinot pula macam kucen. Kaka ingatkan kucen macam @Sekngankucen.
(Tu gamba ...
ADVERTISEMENT