SEMENJAK akhir-akhir ini terdapat beberapa video yang memaparkan tentang rawatan wajah dengan menggunakan masker berasaskan air mani. Ada pihak mendakwa, menyapu sperma ke wajah mampu menghilangkan jerawat dan mencegah penuaan. Apakah dakwaan itu benar? Faktanya, sehingga kini tiada sebarang bukti secara saintifik menyokong dakwaan air mani mempunyai manfaat kepada kulit manusia. Walaupun diperbuat daripada bahan semula jadi, menyapu cecair tubuh ini memiliki risiko tersendiri kepada kesihatan manusia. Betul ke air mani mampu sembuhkan jerawat? Healthline melaporkan dakwaan air mani mampu pulihkan masalah jerawat adalah mitos semata-mata. Sebaliknya, masalah itu perlu menggunakan kaedah rawatan kulit yang tepat. Ini termasuklah produk penjagaan kulit yang mengandungi asid salisilat, benzoil peroksida dan sebagainya selain rawatan wajah yang disarankan oleh pakar kulit. Adakah masker sperma mampu mencegah penuaan? Selain jerawat, sperma juga disebut-sebut baik untuk mencegah penuaan dan dakwaan ini sama sekali tidak benar. Kandungan antioksidan secara semula jadi memang mampu menghilangkan kedutan namun antioksidan yang terdapat dalam sperma tidak signifikan untuk mencegah penuaan. Untuk mencegah penuaan, produk mengandungi vitamin C, Retinod, gilserin, asid hialuronat adalah pilihan lebih baik selain menjalani kehidupan sihat. Bahaya masker sperma untuk kulit wajah Pakar kulit berpendapat, bagi mendapatkan kulit bebas jerawat dan mencegah penuaan, menyapu air mani untuk menyembuhkan masalah kulit boleh menyebabkan reaksi elergi. Individu yang mempunyai elergi terhadap protein yang terkandung dalam air mani boleh menyebabkan kulit dermatitis. Dermatitis boleh menyebabkan kulit menjadi merah, kering, bengkak dan gatal. Selain itu cecair tubuh seperti sperma boleh menjadi medium penularan penyakit seksual kerana ia tidak hanya tersebar ketika melakukan hubungan seks. Ini kerana sperma mengandungi kuman yang dapat menjadi pintu penularan penyakit seperti herpes, kalamidia, gonore dan sebagainya. Mata adalah bahagian tubuh yang sensitif, herpes misalnya dapat menyebabkan keradangan dan jika bernasib malang, seseorang boleh menjadi buta. Sebelum mencuba sesuatu yang tidak diketahui keberkesanannya, adalah lebih baik pertimbangkan dengan melakukan pelbagai kajian terlebih dahulu. Sumber : mStarOnline |
haifawehbe replied at 4-3-2021 05:17 AM
dulu jiran iols bg petua sapu air mani suami dekat muka utk awet muda. tapi sheols mmg nampak muda w ...
haifawehbe replied at 4-3-2021 05:17 AM
dulu jiran iols bg petua sapu air mani suami dekat muka utk awet muda. tapi sheols mmg nampak muda w ...
user.name replied at 4-3-2021 06:21 AM
omg what? produk apa tu chuols ada kandungan air mani? produk cosmetic dgn food supplement ke hapa ...
user.name replied at 4-3-2021 06:25 AM
gilo entah dna laki mana gi hambik bubuh bagi kat orang ramai guna. teringat pulak iols scene movi ...
ADVERTISEMENT