Suami Minta ‘Jahit Lebih Sikit,’ Ramai Netizen Baru Tahu Istilah ‘Husband Stitch’ Proses kehamilan bagi pasangan yang baru berkahwin tentu menjadi satu perjalanan yang dinanti-nantikan. Dari tempoh bulan pertama kehamilan sehinggalah melahirkan bayi, ia pasti menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan. Pengorbanan seorang isteri melahirkan anak pula akan menjadi pengorbanan terbesar dalam keluarga, dan itu diakui oleh para suami. Bagaimanapun, baru-baru ini agak kecoh di Twitter mengenai istilah ‘husband stitch’ yang pada asalnya tular dalam kalangan warganet luar negara. Dalam perkongsian itu, mereka menjelaskan tentang satu prosedur jahitan selepas melahirkan bayi yang dikenali sebagai ‘husband stitch’. Ia merupakan prosedur jahitan tambahan terhadap faraj wanita yang baru melahirkan anak. Ada Kes Dilakukan Tanpa Persetujuan Suami Tujuan ‘husband stitch’ dikatakan bukanlah untuk kebaikan isteri, tetapi adalah untuk mengekalkan kepuasan seksual suami seperti sebelum isteri melahirkan anaknya. Menerusi perkongsian itu juga, terdapat satu kes di South Carolina, Amerika Syarikat, di mana seorang wanita menerima ‘husband stitch’ selepas melahirkan anak pertama pada tahun 2005. Wanita tersebut hanya mengetahui tentang hal tersebut hanya selepas 5 tahun, dan dalam tahun-tahun sebelum itu dia mengalami sakit di bahagian kelamin setiap kali bersama. Menurutnya, dia tidak tahu mengenai ‘husband stitch’ dan selama bertahun-tahun merasakan ada sesuatu yang tidak kena, namun tidak tahu puncanya. Wanita tersebut hanya mampu menangis selepas mengetahui hal sebenar. Warganet yang membaca kisah tersebut juga agak terkejut kerana tidak pernah mendengar atau mengetahui tentang prosedur jahitan tambahan itu. Ini termasuklah warganet di negara kita juga yang mengatakan ini baru pertama kali mereka mendengar istilah tersebut. Minta Doktor ‘Jahit Lebih Sikit’ Menurut perkongsian seorang warganet di Malaysia pula, terdapat satu ciapan yang mendedahkan sesetengah suami meminta doktor untuk ‘jahit lebih sikit’ hanya untuk mereka mendapat kepuasan seksual.
Ciapan tersebut mengudang pelbagai persepsi negatif terhadap prosedur tersebut yang tidak memikirkan perasaan seorang isteri. Rata-rata mengecam tindakan suami yang mahu mengenakan ‘huband stitch’ terhadap isteri mereka dan menganggap tindakan itu kejam buat si isteri. Mungkin prosedur jahitan ini masih tidak diketahui umum, namun ia tetap mendapat tentangan ramai. Sumber:https://www.koolfm.com.my |
nowhite: Founder timbang kilo produk rapat sendat padat tunggu apa lagi..kena jual produk uols kat sana pulak..mesti laku keras
ADVERTISEMENT