CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rel Penghadang Runtuh, Tujuh Pelajar U Maut Jatuh Dari Tingkat Atas

4-3-2021 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3420| Komen: 5

LA PAZ: Sekurang-kurangnya tujuh pelajar universiti maut manakala empat yang lain cedera dalam kejadian rel penghadang runtuh di Universiti Awam El Alto, di Lapaz, Bolivia.

Kejadian tersebut berlaku selepas ratusan pelajar berhimpun di tingkat atas bangunan universiti itu.

Menurut pihak berkuasa, tiga maut di lokasi kejadian sejurus terjatuh dari tingkat atas bangunan.



Manakala empat yang lain meninggal dunia semasa dirawat di hospital.

Mengikut laporan, kesemua mangsa yang maut adalah antara 11 pelajar dilaporkan terjatuh dari tingkat atas bangunan dengan ketinggian 16.7 meter itu.

Video yang tular memaparkan pelajar dalam keadaan panik susulan kejadian itu.


Presiden Bolivia dalam satu kenyataan di media sosial menyatakan bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar di universiti tersebut.

Beliau pada masa sama menggesa agar siasatan terperinci dilakukan. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 4-3-2021 10:01 AM
apa dibuatnya ramai2 kat atas tu
Quote rajamoney 4-3-2021 10:25 AM
Adrif replied at 4-3-2021 10:01 AM
apa dibuatnya ramai2 kat atas tu

berdemo kot
Quote Decaffeinated 4-3-2021 12:36 PM
Jarang berlaku wartawan CARI buka benang tak lewat sehari

Tahniah
Quote nowhite 4-3-2021 02:16 PM
Ratusan pelajar yg tgk membe mati depan mata tu mesti trauma
Quote Ain_h 17-3-2021 12:00 PM
Sebab tulah jgn berhimpit ye kan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.048060 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top