CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Individu Yang Divaksin Boleh Tunaikan Haji Tahun Ini. Golongan Anti-Vaksin Gelabah Tak Tu?

4-3-2021 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4100| Komen: 32

Kementerian Kesihatan Arab Saudi memutuskan hanya bakal jemaah haji yang mendapatkan vaksin Covid-19 dibenarkan menunaikan Rukun Islam kelima itu, lapor akhbar Saudi Okaz.

"Vaksin Covid-19 adalah wajib bagi mereka yang ingin menunaikan haji dan akan menjadi salah satu syarat utama," demikian laporan tersebut, yang memetik surat pekeliling yang ditandatangani oleh menteri kesihatan.


Kredit foto: Reuters

Pada tahun 2020, kerajaan negara tersebut membuat keputusan mengehadkan bilangan jemaah haji kepada 1,000 orang sahaja dengan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengelakkan penularan virus Covid-19.

Ibadah haji sebelum ini biasanya dihadiri lebih 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia.


Haji adalah satu daripada lima Rukun Islam dan umat Islam yang berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan dituntut menunaikannya sekali seumur hidup. - CARI

Sumber: mStar Online/THE STAR

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cutieslilies 4-3-2021 09:57 AM
ni yg kecoh smlm kat fb....

sah2 gi sana mmg kene jab pun... kecuali yg menipu ..mmglaa ko pergi sana awal2 dah niat xbetul..
Quote little_sis 4-3-2021 10:01 AM
Selama ni pun mmg kena amik vaksin, lps nk kena tambah lg 1 vaksin la...
Quote Normabaru 4-3-2021 10:03 AM
So org preggy n bf yg dikategori xblh amik vaksin govt nk campak celah mana?
Quote zeed 4-3-2021 10:03 AM
Ada yang bersekongkol dgn doktor tak amik vaksin tapi dpt buku vaksin ye.
Quote Belibis 4-3-2021 10:20 AM
Bukan antivaks.tapi teori akhir zaman mengikut landasan yang betul.perubahan plot dan watak tak menjejaskan perjalanan cerita.
Quote rajamoney 4-3-2021 10:24 AM
cutieslilies replied at 4-3-2021 09:57 AM
ni yg kecoh smlm kat fb....

sah2 gi sana mmg kene jab pun... kecuali yg menipu ..mmglaa ko pergi  ...

raja salman pun elok kena injek

tu baru jantan!
Quote BicaraHatiku 4-3-2021 10:32 AM
Jualan habbatus sauda menurun tak tahun ni?
Quote alesandra 4-3-2021 11:06 AM
eleh kalau dapat pegi pun thn ni mesti sikit je kuota.org tua2 masih x boleh pegi...
Quote darkness 4-3-2021 11:15 AM
Bukan sekali dua geng derang ni menipu soal kena vacc ke belum. Pastu ada pula doc yg bersekongkol..
Quote rajamoney 4-3-2021 11:18 AM
darkness replied at 4-3-2021 11:15 AM
Bukan sekali dua geng derang ni menipu soal kena vacc ke belum. Pastu ada pula doc yg bersekongkol..

dah doc pun ada yg anti vaksin

percaya akan kebolehan badan seratus peratus mampu menyembuh penyakit badan ittew sndiri
Quote dodolgemok 4-3-2021 11:31 AM
Utk covid ni mmg xboleh nak tipu vax la macam vax haji sebelum ni mmg boleh kawtim dgan doktor antivax utk tipu keluarkan sijil palsu. Sijil vax covid ni xboleh sbb pemberi vax sekarang ni hanya drpd gomen, bukan private. So cash utk antivax!
Quote Peterpan17 4-3-2021 11:42 AM
dodolgemok replied at 4-3-2021 11:31 AM
Utk covid ni mmg xboleh nak tipu vax la macam vax haji sebelum ni mmg boleh kawtim dgan doktor antiv ...

so antivax boleh tawaf keliling shopping mall sajork dodol
Quote Artemesiaa 4-3-2021 11:48 AM
Dah dia kata 1000 orang je boleh untuk musim ni, berapa kerat je boleh pergi kalau macam tu.  Negara pun masih dalam sekatan untuk keluar negara apa yang nak dikecohkan.
Quote KIM.K 4-3-2021 01:17 PM
Belibis replied at 4-3-2021 10:20 AM
Bukan antivaks.tapi teori akhir zaman mengikut landasan yang betul.perubahan plot dan watak tak menj ...

MBIK JELA VAKSIN TU..UNTUK MENGELAKKAN MUDARAT YANG LEBIH BESAR
Quote Belibis 4-3-2021 01:24 PM
KIM.K replied at 4-3-2021 01:17 PM
MBIK JELA VAKSIN TU..UNTUK MENGELAKKAN MUDARAT YANG LEBIH BESAR

Akan ambik jugak.tunggu dalam tempoh pemerhatian dulu.
Quote auntieagony 4-3-2021 01:30 PM
Mintak2lah cepat dpt vaksin jab. Insya Allah.
Quote KIM.K 4-3-2021 01:32 PM
Belibis replied at 4-3-2021 01:24 PM
Akan ambik jugak.tunggu dalam tempoh pemerhatian dulu.

Patutnya kita yg baca konspirasi ni..selain menyiapkan zombie apocalypse kit amik la jugak vaksin tu
kalau tak amik, kompom kojol jadi tumbal..takde imuniti langsung
Quote tripleid 4-3-2021 02:59 PM
antivax leave the chat..
Quote darkness 4-3-2021 03:37 PM
Edited by darkness at 4-3-2021 03:39 PM
rajamoney replied at 4-3-2021 11:18 AM
dah doc pun ada yg anti vaksin

percaya akan kebolehan badan seratus peratus mampu menyembuh pen ...


Xperlu komen menjurus kepada pitnah iols relax aje..kalo doc private sblm ni boleh kluarkan sijil vacc, haa covid ni mendapatlah

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047477 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top