CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Setiap Hari Dapat Mesej, Minta Adibah Noor Jadi Guru Bahasa Inggeris

4-3-2021 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2998| Komen: 18

Hanya Tuhan tahu niat sebenar penyanyi, pelakon dan pengacara, Adibah Noor, 51, membetulkan sebutan istilah Bahasa Inggeris dituturkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, dalam rakaman video yang tular, baru-baru ini.


Bagaimanapun, tindakan penyanyi Terlalu Istimewa itu menegur secara terbuka mengundang kecaman netizen hingga ada yang menuduh Adibah cuba mengaibkan anggota Kabinet itu.

Namun, di sebalik kecaman, ada juga yang memuji Adibah kerana berani memperbetulkan perkara salah.


Foto: IG

"Dalam hal ini, bergantung kepada diri sendiri dan cara penerimaan terhadap teguran dibuat. Ada orang yang saya tegur, walaupun terpampang jelas nama dan siapa dirinya, menerima teguran itu.


"Kali ini, teguran saya kepada individu dikenali ini, ada yang kata mengaibkan. Namun, saya pernah menegur seorang pembaca berita mengenai sebutan istilah Bahasa Inggeris digunakan.

"Dia secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada saya. Dia hargai teguran dan pembetulan yang dikongsi. Dia juga sedia memperbaiki kelemahan yang ada. Dalam hal ini, dia memilih untuk menerima teguran.

"Namun, tidak semua orang boleh menerima teguran," katanya kepada BH Online.

Adibah atau nama penuhnya, Adibah Noor Mohamed Omar, bagaimanapun pelik kerana individu ditegur menyambut baik, sebaliknya, pihak lain yang melatah dan tersinggung.



"Seperti dalam situasi Rina, beliau tidak memberi apa-apa kenyataan. Orang lain pula yang terasa hati bagi pihaknya.

"Pokok pangkalnya, dalam situasi begini, kita boleh memilih sama ada hendak menjadi orang menerima teguran atau mereka yang tersinggung dengan teguran yang dibuat kepada orang lain," katanya.

Adibah yang pernah bertugas sebagai guru berkata, kebolehan menguasai bahasa lain bukan bererti mahu melupakan bahasa ibunda.

"Ya, kita patut berbangga dengan keunikan bahasa ibunda. Secara jujur, saya sarankan penguasaan bahasa lain selain bahasa ibunda.

"Terus pelbagaikan kebolehan bercakap dalam banyak bahasa. Kalau selesa dengan bahasa tertentu, teruskan sahaja. Sekalipun perlu berucap di platform antarabangsa.

"Macam pemimpin antarabangsa pun ada yang memilih bertutur dalam bahasa ibunda. Lagipun, melalui platfrom begitu, disediakan terjemahan bahasa dan sari kata. Kalau konteks kita sendiri, andai sudah selesa dengan bahasa ibunda, terus agungkannya.

"Tetapi, jangan berhenti menimba ilmu termasuk belajar lebih daripada satu bahasa," katanya.

Adibah berpesan, kesanggupan untuk menimba ilmu memberi semangat positif kepada mereka yang mahu menguasai bahasa lain.



"Biarkanlah mereka belajar apa sahaja bahasa sekalipun. Jangan terus pantas 'cop' mereka ini berlagak... Jangan ketawakan mereka.

"Kalau ada yang boleh bercakap Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Jerman dan Perancis, kenapa hendak dengki.

"Selalunya yang bersikap negatif ini mereka tidak ada kelebihan tertentu. Orang jenis ini suka melabel macam-macam kerana tidak boleh tengok orang lebih," katanya.

Adibah yang pernah membintangi filem Mukhsin dan Sepet mengaku hampir setiap hari menerima mesej di media sosial yang mahu beliau mengajar Bahasa Inggeris.

Malah, katanya, ada pihak sanggup sediakan platform untuknya mengajar bahasa berkenaan.

"Ada yang meminta saya mengajar Bahasa Inggeris dalam talian dan secara bersemuka. Jika diikutkan, selama ini, saya sudah terarah ke arah itu.

"Cuma saya belum mampu mengendalikannya seorang diri. Saya tidak ada pasukan kerja yang boleh membantu menyempurnakan tugasan itu termasuk dalam menyediakan grafik dan sebagainya.

"Kalau hendak buat seorang diri daripada menulis skrip hingga kepada rakaman, saya tidak mampu. Jika ada pasukan, saya tidak keberatan melakukannya," katanya.



Adibah mengaku bertemu dengan penggiat industri kreatif yang sangat mengambil berat soal pendidikan anak-anak.

"Kami ada berbincang sesuatu... Insya-Allah, diharap akan dipermudahkan dalam masa terdekat dan terhasillah sesuatu yang bermanfaat," katanya.

Adibah turut ditanya mengenai tawaran dirinya untuk mengajar subjek bahasa Inggeris di saluran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), baru-baru ini seperti ciapan Twitter.

"Sebenarnya, saya tidak serius. Seperti biasa, ciapan saya diperdebatkan. Sampai ada yang cakap, hendak mengajar ikutlah saluran betul.

"Ada juga dengan sinis menyebut, fikir berstatus selebriti, senang-senang pihak berkenaan boleh jemput," katanya.

Bagaimanapun, Adibah berkata, dia menawarkan diri secara terbuka.

"Sebagai contoh, kalau kita naik kapal terbang dan beli tiket pergi balik. Selalunya, tiket pulang kita tidak letakkan tarikh tertentu.

"Jadi, ikut rasa hati bila hendak balik. Begitulah juga dengan tawaran terbuka saya untuk menjadi guru Bahasa Inggeris bagi DidikTV.

"Kalau mereka sudi, saya sedia menimbangkannya. Cuma setakat ini, belum ada apa-apa. Kalau ada, saya beritahu," katanya yang juga graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Dalam perkembangan lain, Adibah memberitahu, perancangan untuk memasarkan album ketiga belum kesampaian kerana pandemik COVID-19.



"Saya fikir boleh lancarkan album baharu, bulan ini. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dua kali dilaksanakan.

"Duit terkumpul yang hendak digunakan untuk mempromosikan album ini terpaksa disalurkan untuk perbelanjaan lain.

"Kalau boleh, saya mahu lancarkan album ini betul-betul. Bukan setakat melepaskan batok di tangga. Saya hendak pastikan keuntungan itu dapat dikongsi dengan komposer, penulis lirik dan sebagainya," katanya.

"Saya mahu buat sesuatu yang berbeza seperti menjual edisi terhad sebuah novel. Disebabkan situasi semasa, saya kena kumpul duit untuk pastikan apa yang dimahukan menjadi kenyataan," katanya.

Album ketiga Adibah itu diberi judul Jiwa Sentuh Jiwa siap sejak 2016. Memuatkan lapan lagu duet antaranya bersama Anuar Zain, Misha Omar, Atilia, Dina Nadzir, Sam Innuendo dan Allahyarham Nassier Wahab. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 4-3-2021 12:28 PM
Elokla..dapat menyumbangkan bakti,dari menjadi hamba seni yang tak seberapa.
Quote asamfish 4-3-2021 12:32 PM
Lain kali jgn mempersendakan orang.  Tambah2 dikhalayak umum.  Cakap macam ni daripada awal kan lebih baik.  Niat tak menghalalkan cara Dibah!  So hopefully, lesson learnt!  
Quote Kurex 4-3-2021 12:36 PM
Iols lagi suka orang betulkan kesalahan iols
Quote otai_g 4-3-2021 12:41 PM
Org msia ni emo lbh.
Apa yg adibah tegur tu bnd yg btl.
Dia mmg berkelayakan nak bg pandangan, bidang dia.
Lain la org yg spm bi spt 9 bg pandangan, mmg kena cepuk la.
Quote dudaberhias 4-3-2021 12:46 PM
Tapi iols suka kak dibah jadi cikgu sebab suara or cara dia ajar tak membuatkan iols terlena...

Sape tag adibah noor dapat 10k, TC appliesss
Quote lavendernovella 4-3-2021 12:52 PM
Sheol ada intonasi english yang best. Good luck Adibah.
Quote Thunderclouds 4-3-2021 12:56 PM
Mmg org kite ni emo lebih. Setiap sudut segi xboleh kene cuit. Cepat naw melantun2. La ni org len boleh converse in 3-4 languages, fluently! Kita pulak dlu smpi skang masih dok bdebat pasal English. Masih dok takuk tu. Kita yg rugiii...bukan org len. Tegoq salah,xtegoq bodo.
Quote Nenasketum 4-3-2021 01:16 PM
Omaigawd, ramai nyer back up pompuan angkuh ni. Somi aku kalau tembung ngan dia, dah tentu dia lari. Nak cakap banyak walau tak ada kelayakan & experience. Dia ni snacking material jer, blardy cocky biatch.
Quote nowhite 4-3-2021 01:47 PM
Kat dunia ni buat baik orang kutuk buat jahat pun orang kutuk..hadap ja la adibah
Quote TomyamPuteh 4-3-2021 03:19 PM
Dia ni ada lg passion ke dlm bidang perguruan? Servis 5 thn dh resigned. Sggp ke si adibah ni jd guru kelas, isi pbd, train bdk sukan, jaga perhimpunan. Bak kata kwn aku la
Quote ezacbee 4-3-2021 04:03 PM
Penuh skrin laptop aku
Quote rajamoney 4-3-2021 06:25 PM
ko perbetulkn diri ko tu dulu la acik

sibuk ngn bahasa asing

tapi menatap tanah ni gak cari mkn

gi la ostolia sana

ngajau kangaroo becakap
Quote fadz84 4-3-2021 07:20 PM
awat masing2 bitter? Huhu..
Quote missmarvolo 5-3-2021 11:28 AM
Asal salah sikit je cakap omputih, keluarlah artikel dia nak membetulkan kesalahan orang.

Soalan dia senang je, kalo ko hebat sangat, kenapa kau tidak bina kerjaya dengan kehebatan kau detect kesalahan bahasa inggeris orang tu?

Kau siap nak offer jadi cikgu bagai? Kalau kau memang sayang kerjaya guru kau dulu, kenapa lompat kerjaya?

sebab kau influential, kau boleh suka hati je eh
Quote Ain_h 17-3-2021 12:06 PM
Ok kak dibah
Quote ayukpingu 17-3-2021 12:10 PM
bagus kak dibah
Quote jalfa 17-3-2021 12:14 PM
Koser lah makcit..mmg la si rina tu x bersuara ko.memalukan dia...tp dia menyumpah dlm hati tiberh aku bekap menteri pn
Quote bulalof 17-3-2021 03:06 PM
whatever is good for the people....

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.097760 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top