Pengarah, Tam Suhaimi hormat dengan keputusan Kilafairy, selaku pelakon utama kerana tidak dapat mempromosikan drama Miss Match. Ini disebabkan pelakon tersebut sudah bertudung dan penggambaran drama tersebut sudah terperam selama lebih seteahun sebelum Kilafairy mengambil keputusan untuk berhijab.
"Saya akui, drama Miss Match sudah terperam lama. Tarikh tayangan drama siaran platform WeTV pula hanya diterima selepas Kilafairy bertudung. "Saya menghormati keputusan Kilafairy untuk langsung tidak mempromosikan drama ini. Jujurnya, agak ralat sedikit tiada promosi daripada pelakon utama. Sepanjang penggambaran, Kilafairy antara pelakon yang memberi komitmen sepenuhnya.
"Kilafairy antara pelakon utama, selain Mimi Lana. Sebagai teman, saya memandang perkara ini daripada sudut positif. Penghijrahannya lebih besar," katanya kepada BH Online. Tambahnya, "Selesai mengarah drama Miss Match, saya perlu melunaskan penggambaran drama Cinta Itu Fairy Tale di bawah Dana Kandungan Digital. "Penggambaran drama Cinta Itu Fairy Tale dilakukan ketika pandemik COVID-19 daripada April hingga Mei, tahun lepas. Saya perlu menyelesaikan kerja penggambaran dalam tempoh enam bulan.
|
Nenasketum replied at 4-3-2021 02:29 PM
Ya awloh, dah jadi pengarah ke budak ni. Masa arwah pak aku ada berlakon ngan dia, hari2 pak aku beb ...
ADVERTISEMENT