Alangkah kecewanya seorang peniaga apabila 'dimain-mainkan' individu tidak bertanggungjawab. Rugi masa, tenaga dan menjejaskan perniagaan saja! Noor Bazilla menerusi kumpulan Komuniti Kuantan meluahkan rasa kesal apabila ditipu pelanggannya yang hanya mendiamkan diri setelah dia tiba di tempat dijanjikan ketika proses cash on delivery (COD) dibuat. Menerusi tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp, wanita ini menerima pesanan daripada seorang lelaki. Pada mulanya, lelaki ini membuat pesanan makanan yang dikehendakinya seperti biasa. Bukan itu sahaja, dia juga cuba ‘mengorat’ wanita ini, namun tidak dilayan wanita terbabit. Apa yang menjadi persoalan apabila lelaki ini menjelaskan dia menetap di Damansara, namun lokasi dihantar adalah Semambu. Perkara tersebut menimbulkan syak wasangka peniaga itu pada mulanya. Lebih mengecewakan apabila peniaga ini sudah sampai di tempat yang dijanjikan, namun pelanggan itu mendiamkan diri dan memberikan alasan dia hanya mahu berjenaka dan sempat mengucapkan terima kasih atas masa yang diluangkan. 40 minit tunggu pelanggan 'misteri'! Selain meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi dia memberikan nasihat kepada peniaga lain supaya lebih berwaspada supaya kejadian seumpama ini tidak berulang. Sumber: OhBulan
|
ADVERTISEMENT