Anak sulung pasangan pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin iaitu Syeriv Samheizy, 4, cedera di bibir akibat terjatuh dan terpaksa menerima tujuh jahitan, semalam. Sam berkata, dalam kejadian itu, anaknya itu terjatuh ketika berada di garaj depan rumah menyebabkan bibirnya terkoyak. Menurut Sam, Syeriv kemudian dibawa ke hospital dan selepas melakukan prosedur pembedahan kecil, dia dibenarkan pulang semalam. "Biasalah insiden tidak dijangka. Anak lelaki pula kan," katanya kepada Harian Metro. Sementara itu, Syatilla berkata, dia tidak akan melupakan insiden yang menimpa anaknya sehingga perlu menjalani pembedahan kecil. "Sampai bila-bila saya takkan lupa. Sedihnya tengok anak kita macam tu. Dia terpaksa ditidurkan untuk jahitan di bibir itu. Jika tidak, dia akan meronta-ronta. "Macam air terjun air mata ini mengalir. Ini baru sikit. Secara tiba-tiba terdetik, bagaimana perasaan ibu yang kena hadap anak kecil sakit kronik, kanser dan sebagainya. Moga Allah kuatkan semangat ibu semua. Macam ini pun rasa tak sanggup tengok," katanya.
Tilla berkata, dalam keadaan sama dia terpaksa kembali semula ke lokasi penggambaran kempen untuk Aidilfitri.
|
Nenasketum replied at 4-3-2021 04:42 PM
Aku ingat porem dept gosip retis ni boleh transform jadik soc med retis lar. Cerita hari2 pun buley ...
Nenasketum replied at 4-3-2021 04:42 PM
Aku ingat porem dept gosip retis ni boleh transform jadik soc med retis lar. Cerita hari2 pun buley ...
ADVERTISEMENT