CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Ali Sedia Dikecam, Jadi Artis Ikut Jejak Fian Dan Wana Ali

5-3-2021 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5231| Komen: 24

Penyanyi baharu, Alif Ali bersedia menerima kritikan netizen mengenai cara sebutan atau slang nyanyiannya dalam lagu terbaharu berjudul My Boo.

Menyedari akan ada pendengar yang mempersoalkan mengenai sebutan pada lirik yang kedengaran seperti slang bahasa Inggeris, anak kepada penerbit Datuk Ayu Puteh ini berkata dia memang sengaja menyanyi seperti itu.

Foto: IG

"Ya saya sedar tentang itu... sebenarnya memang kita nak simpan English accent tu sebab ia ada sesuatu, mungkin boleh jadi trademark (cara nyanyian) saya.

"Saya sudah bersedia untuk sebarang kecaman, mind set memang kena bersedia apabila melangkah kaki dalam industri ini... bagi saya itu lumrah!

"Sejujurnya pada awalnya saya agak pemalu untuk memulakan langkah dalam bidang seni tapi apabila melihat kakak dan abang iaitu Wanna Ali dan Fian Ali sudah ke hadapan, saya buang perasaan malu itu dan beranikan diri merakamkan lagu My Boo ini," katanya kepada mStar.






Alif, 16, berkata demikian semasa pelancaran lagu terbaharu nyanyiannya berjudul My Boo yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Selain Alif, abangnya iaitu Fian Ali turut tampil dengan single kedua berjudul Ala Shayang.



Sementara itu, Fian, 25, pula berkata mereka adik-beradik sudah bersedia berdepan dengan pelbagai cabaran bergelar selebriti.

"Bila orang dah mula kenal kami sebagai adik beradik, tidak mustahil sekiranya ada yang akan terpalit dengan kontroversi.

"Seorang terbabit cerita panas pasti yang lain turut terkena tempias tetapi apabila berada dalam industri sama saya sendiri tahu macam mana situasinya. Kami akan buat yang terbaik dan terus banggakan ibu (Ayu).

"InsyaAllah mungkin satu hari nanti saya, Alif dan Wanna akan ada projek khas kami bersama... perancangan itu memang dah ada sejak dahulu, ” ujarnya.

Lagu My Boo dan Ala Shayang sudah boleh didapati disemua platform digital dan laman YouTube, Indigital Music. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 5-3-2021 01:00 PM
Muka mcm berak sembelit
Elok bg penumbuk je baru lancar bm dia..
Quote nowhite 5-3-2021 01:07 PM
Satu family nak jadi artis la ni
Quote Kurex 5-3-2021 01:13 PM
Sebelum ni kan ada benang sama!!! Benang dari ig... Buduh
Quote fadz84 5-3-2021 01:20 PM
Kurex replied at 5-3-2021 01:13 PM
Sebelum ni kan ada benang sama!!! Benang dari ig... Buduh

Sblm ni benang abangnya tak. Ni adiknya plk. bertabah jela ngn bebenang dari IG post ni..
Quote mieymiey 5-3-2021 01:22 PM
Memandangkan harini hari Jumaat, iols simpan jer la kecaman dalam hati.
Quote Boomibulat 5-3-2021 01:24 PM
Meriahnya arena seni negaraku..satu family pakat2 jd retis..
Quote renko 5-3-2021 01:32 PM
ape sial la hai
hahahahaha
Quote mamajawie 5-3-2021 03:06 PM
Dia n abang dia ni bermuka samdol..takde aura retis melainkan wanna ali tu je muka herlok..dedua samdol ni bermuka benggali roti expired..urghhh
Quote cmf_DetConan 5-3-2021 03:11 PM
Dik alif wlupon ko xde salah ape2 kt conan..tp tgk muko ko conan rse mcm nk tampar..xtau nape
Quote September14 5-3-2021 03:13 PM
Mcm muka Amir raja lawak tu
Quote missmeornot 5-3-2021 03:15 PM
Kenapa yg lelaki x sehelok wana
Quote Reira77 5-3-2021 03:18 PM
Sejenis muka annoying. Yg tak buat apa pun rasa nk marah bila tgk. Toksah la dik, muka hg takleh market.
Quote azimodin 5-3-2021 06:51 PM
Akan bukan nak merendahkan balat ko dik, akak x pernah tengok pon ko menyanyi. Tapi akak rasa ko xde aura dik. Bukan sebab ko xhensem, mmg xde aura.
Quote de_ikea 5-3-2021 07:06 PM
missmeornot replied at 5-3-2021 03:15 PM
Kenapa yg lelaki x sehelok wana

Iols pun nk ckap lain betul dgn muka wana
Quote zidane2011 5-3-2021 07:32 PM
No commercial  value, no x-factor
Quote sleepandream 5-3-2021 07:46 PM
haiyooo... taste masing2 kemain... muke heols yang soooo melayu ni tak pandang yach
Quote mrsbale 5-3-2021 07:49 PM
Silap xbaca betul2. Ingt thread alif satar. Sekali ali boosuk mana datang nih



Argh. I need clorox
Quote azimodin 5-3-2021 07:56 PM
sleepandream replied at 5-3-2021 07:46 PM
haiyooo... taste masing2 kemain... muke heols yang soooo melayu ni tak pandang yach


Bukan gichew. Kami pandang je wajah2 melayu macam adik mano, qiqiemilio, even ucop pon kami terima menjadi retis. Tapi yg ni mmg xde aura langsung
Quote alhakim 5-3-2021 08:32 PM
fian ali sedap lagu dia[youtube]Fnb6D859Hu8[/youtube]

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.040851 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top