Penyanyi dan usahawan Ifa Raziah mendoakan yang terbaik buat sahabatnya, Muhammad Sajjad atau Nur Sajat berikutan isu tular melibatkan dirinya, baru-baru ini. “Bagi saya itu isu peribadi dan dalam hidup ini kita ada pilihan hidup. Pada masa sama, kita turut boleh memilih, akal yang ada untuk berfikir. Kita ada agama, ada ibu ayah atau orang sekeliling yang kita boleh tanyakan.
“Jadi kalau kita dalam masa kesusahan, kejatuhan, diaibkan atau diihina, kepada siapa yang kita nak luahkan untuk mengadu? “Sudah semestinya hanya pada Allah SWT sahaja sebab Dia sahaja yang mampu mengubah segalanya,” katanya kepada MH. Di samping meluahkan rasa kesal dan sedih atas tindakan penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu, Ifa turut mendoakan agar rakannya itu kembali ke pangkal jalan. “Tetapi kalau inilah jalan yang dipilih, sebagai seorang kawan atau kakak saya rasa sangat kecewa dan sedih.
“Bohong kalau saya kata emosi saya rasa tak terganggu dengan keputusan dia yang mungkin dia fikir untuk viralkan sahaja. “Akan tetapi kita ni manusia yang tidak dapat lari daripada membuat kesilapan, tapi kita boleh belajar daripada kesilapan. Jadi saya harap dan doakan Sajat kembali ke pangkal jalan. Itu doa saya untuk awak,” akhiri Ifa. Sumber: Media Hiburan
|
rajamoney replied at 5-3-2021 02:41 PM
lihat!!!
org perempuan sndiri bersahabat dngn pondan2 pedo medo memedo ni
Nenasketum replied at 5-3-2021 06:20 PM
Bapuk kat arwah Parkson Klcc cukup benci ngan pompuan. Padahal Tuhan cipta diorang untuk lindungi ...
ADVERTISEMENT