Seorang peniaga muda berkongsi kisahnya berdepan pelanggan biadab gara-gara tidak berpuas hati dengan harga ditetapkan. Harga kafir, katanya. Menurut Hana Abdul Muttalib, 14, dia yang berniaga produk kecantikan sejak tiga tahun lalu kecewa apabila dilemparkan kata-kata sedemikian.
"Sejujurnya saya rasa marah dan kecewa sebab dia tak hormat saya sebagai penjual. Saya dah banyak sangat jumpa pelanggan macam ni, tapi tak sebiadab ini. "Nak kata yang paling biadab macam keterlaluan pula, saya cuma harap dah tak jumpa pelanggan macam ni," ujarnya kepada mStar. Dia yang berkata harga ditawarkan mengikut ketetapan pengeluar produk itu sendiri juga beranggapan frasa 'customer is always right' sudah tidak relevan pada masa kini. "Dia tiba-tiba direct message (DM) tanya kenapa harga produk saya jual mahal?
"Dan dia cakap saya aniaya pelanggan. Saya cuma ikut harga yang ditetapkan oleh HQ. Malah, saya siap bagi kos penghantaran (postage) percuma. "Ada penjual yang jual mengikut harga yang dikawal atau ditetapkan oleh HQ dan jika kami jual harga kurang atau lebih daripada harga asal boleh jatuh hukum haram dan duit yang dapat pun duit haram. "Boleh kan tanya elok-elok? Penjual pun ada hati dan perasaan. Sekarang dah 2021, saya kalau boleh nak lenyapkan ayat 'customer is always right' tu," ujarnya lagi. Kata Hana, bukan pujian yang diminta, namun cukuplah dengan secebis rasa hormat buat golongan peniaga sepertinya. "Saya minta tolong sangat pembeli untuk hormat penjual. Kalau ada soalan yang nak ditanya tolong tanya elok-elok dan beradab. "Penjual pun manusia. Dan awak tak nampak usaha penjual ketika buat bisnes. Kami bersusah-payah untuk dapatkan pendapatan. "Lepas saya tweet kejadian tu, rupa-rupanya ramai lagi penjual yang kena macam saya, ada yang lebih teruk. "Ada yang putus asa untuk menjual sebab dilayan macam orang tak ada perasaan. Lepas saya baca semua luahan ni, saya rasa Alhamdulillah sebab saya tak pernah kena macam mereka. "Tapi saya rasa sangat sedih sebab mereka dilayan sebegitu dan tak berani bersuara," jelasnya lagi. Bercerita mengenai dirinya, Hana berkata dia enggan berputus asa kerana memikirkan keluarga serta ibunya. Dia juga turut menjadikan kata-kata seorang peniaga makanan yang pernah ditemuinya secara tidak sengaja di tepi jalan sebagai pegangan dalam menjalankan perniagaan. "Memang susah untuk cari kekuatan untuk teruskan bisnes, tapi setiap kali saya rasa nak putus asa, saya teringat seorang akak ni pernah cakap... anggap mereka seperti anjing digari yang menyalak, hanya pandai menyalak tapi tak boleh berbuat apa-apa pada kita. "Saya juga fikir pasal keluarga. Umi seorang ibu tunggal yang nak tampung kami lima beradik. Jadi saya kena tolong umi," ujarnya. Tambah Hana, ibunya juga menjalankan perniagaan secara dalam talian sepertinya. Sumber: mStar
|
Kurex: Siapa yg caya cerita budak twitter & hudak tiktok, korang lagi bodoh dari nia romadoni
azimodin replied at 5-3-2021 07:58 PM
Ntah la chuols tapi benda ni legit jugak. Kakak ipar iouls home baker. Ada je orang yang tanya d ...
najib888 replied at 6-3-2021 05:21 PM
The customer is always right mana ada dah.. Tu frasa nak menjerut tengkok peniaga.. sepatutnya,
Cus ...
dudaberhias replied at 5-3-2021 09:16 PM
oh dah baca dah ni kat twitter semalam... sian sebab adik tu dropship je dan harga bukanlah terletak ...
ADVERTISEMENT