Seorang pengguna Facebook, Apit Lid berkongsi dua foto yang membuatkan netizen ‘sebak’ apabila melihat menu harian seorang pengawal keselamatan dari Nepal. Jika dilihat, pengawal keselamatan itu hanya memakan nasi kosong bersama air masak sebagai kuah selain hanya berlaukkan potongan bawang merah dan bawang putih.
Tambahnya, pengawal keselamatan itu menanggung ibu bapanya dan adik-beradik lain. Kata Apit, dia kagum melihat kesungguhan pengawal keselamatan itu yang sanggup makan ‘menu’ sedemikian yang mungkin tidak boleh ditelan orang lain. Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan pekerja paling rajin berbanding pekerja lain. Apabila ditanya, dia mendedahkan setiap bulan hanya membelanjakan RM100 bagi menampung segala keperluan hariannya. Manakala, bakinya akan dihantar kepada keluarga yang sabar menanti gaji setiap bulan yang diterimanya. Sumber: OhBulan
|
exclusive_vvip: pastu, si apit x berapa cerdik ni tlg belanja pak gad Nepal ni makan..pak gad Nepal simpan duit..come on la nak impress pun..paling2 koman pak gad ni ...
exclusive_vvip replied at 8-3-2021 08:42 AM
pastu, si apit x berapa cerdik ni tlg belanja pak gad Nepal ni makan..pak gad Nepal simpan duit..com ...
nurul_akmar replied at 8-3-2021 08:44 AM
Keluarga dia pon.. kalau gaji dia rm1.5k.. n dia amek rm500 utk sewa, mkn, bil2, pengangkutan sume, ...
ADVERTISEMENT