Wanita bertindak mengikut amarah apabila mencekik anaknya hanya kerana suami tidak menjawab panggilan. Malah, dia berbuat demikian ketika membuat panggilan video.
Memetik World of Buzz, panggilan telefonnya tidak dijawab suaminya kerana sedang bekerja. Seperti hilang akal, wanita itu mendera anak perempuannya berusia tiga tahun dipercayai untuk menimbulkan kemarahan dan rasa bersalah suaminya. Selain mencekik, wanita itu turut menghentakkan kakinya di leher mangsa. Lebih menyedihkan, dia langsung tidak mempedulikan raungan dan tangisan kanak-kanak berkenaan yang kemudian pengsan akibat kesakitan. Malah, difahami, dia memaksa anaknya melutut bagi menimbulkan lagi kemarahan suaminya. Keluarga lelaki itu membuat laporan polis sebaik melihat rakaman video tersebut menerusi Facebook sebelum wanita terbabit berkunjung ke rumah keluarga suaminya untuk memohon maaf.
Keluarga itu bagaimanapun nekad mengambil tindakan undang-undang dan polis kini menjalankan siasatan untuk mendakwanya. Sumber: Utusan
|
Friska replied at 8-3-2021 11:16 AM
Tidak normal ibunya, tega memcederai anak sendiri
Friska: Tidak normal ibunya, tega memcederai anak sendiri
kasibiman: betine sial.the fuck.sia2 je bp aku naik menyirap baca artikel cenggini
orkidorkido replied at 8-3-2021 11:51 AM
Cukup bukti untuk laki tu tinggalkan kau & bawa sekali anak tu
ladybugz replied at 8-3-2021 04:31 PM
nauzubillahmindzalik.. tp ade yg sy tahu mengalami sendiri penderaan oleh ibu kandung akibat suami c ...
ADVERTISEMENT